Monday, March 18, 2013

Biar Ikan Aje Bercakap Dengan Handphone

Ohhh panassss memanggg panasss dan beranginnnn je mak dara sejak kebelakangan ni. Namun paling beranginnn hari ni.. Apa yang sebabkan Mak Dara hangen? Handphone Mak Dara lah.. Sekejap skrinnya ok sekejap skrinnya hitam.. padam terussssssss.. Tapi bila ada yang telefon dia berderinggggggg... Tapi macam mana mak nak jawap sebab skrinnya touchskrin bila dah hitam tak tau dah nak touch kat mana adesss... Telefon Mak ni dah lama dah buat perangai dan meragam dan pernah cuba untuk dihantar repair tapi bila sampai je ke depan kedai repair dia jadi ok pulak.. bila dah balik rumah esok lusa dia rosak balik... Ishhh pandai bergurau betul kan handphone mak ni kan... grrrrrrrrrrrr... Sejak dua menjak di FB pun asyik update pasal handphone je hahaha adesssssss... 


Dah le somi mak outstation selama sebulan mesti lah nak calling calling mak... entah yang asyik berdering tadi tu somi mak kot.. adess tambah sayu jadinya... Kalau ikutkan hati mak memang mak punggai ke sungai aje biaq ikan yang jawap semua call tu uwaaaaaaaaaaaaaa.....



Ralat Tidak Dapat Memenuhi Undangan Ke Sidang Media KRU Masterclass

Hari Ni Mak Dara rasa agak Ralat keran tidak dapat hadir ke Jemputan Sidang Media KRU Masterclass . Mak Dara telah menerima jemputan ini di email Mak Dara beberapa hari yang lalu. Namun dek kerana somi Mak Dara sekarang berada di perantauan maka tiadalah sesiapa yang dapat menghantar Mak ke majlis yang sungguh hebat ini.. Majlis sidang media ini bagi mengumumkan Pelancaran usahasama KRU Academy & Irfan Khairi Sdn Bhd.

Email dr wakil Irfan Khairi Sdn Bhd

Mak Dara nak mohon maaf kepada Irfan Khairi Sdn Bhd dan juga pihak KRU kerana tidak dapat menghadirkan diri di majlis ini. Namun Mak Dara rasa amat berbesar hati kerana seorang blogger picisan seperti Mak Dara turut dijemput oleh pihak anda.. 

Dengar cerita ramaiii teman blogger yang terkenal akan hadir di majlis ini termasuk Denaihati. Alangkah bestnya jika dapat bersama sama mereka hari ini kan.. namun apa kan daya terpaksa redha dengan keadaan. Walau macam mana pun Mak Dara doakan agar mahlis ini berjalan dengan lancar dan cemerlang dan semoga kerjasama antara KRU Academy & Irfan Khairi Sdn Bhd suksess...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK