As salam duhai teman..
Hari ini hari ke enam Somi Mak Dara telah meninggalkan Mak atas urusan kerja.. Somi Mak Dara akan shooting dan mengarahkan sebuah rancangan berbentuk TRAVEL iaitu Sebuah Rancangan Realiti pengembaraan 13 episod merentas semenanjung Malaysia & menuju ke kawasan utara Asia Tenggara meliputi 5 buah negara termasuk Malaysia dan rancangan bersiri itu bertajuk KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD
Somi Mak sedang shooting di Koh Sa Mui Thailand semalam
Dalam pada dia dok sibuk shooting tu rupa rupanya somi mak sedang menulis novel keduanya. Perghhh memang tak sangka langsung dia ada masa untuk mengarah, shooting dan menulis novel sekali gus.. Katanya banyak ilham datang untuk menulis bila lihat permandangan cantik di sana. Haa nasib baik dia bagitau lihat permandangan cantik.. Kalau dia kata lihat wanita cantik memang periuk belanga terbang melayang layang lah hahaha. Mak Dara masih ingat lagi novel pertamanya yang berjudul ANAK PENARIK BECA.. Novel itu masih lagi dalam sesi pemilihan oleh pihak atasan.. Kalaulah ada rezeki dan terpilih kemungkinan besar akan dijadikan sebagai buku teks untuk matapelajaran Sastera di semua sekolah sekolah di Malaysia.. Tapi itu kalau lulus le hehe.. Doakan lah ye..

Di novel keduanya ini, Somi mak menulis mengenai journeynya di sepanjang perjalanan shooting merentasi beberapa negara itu. Kisah mengenai "backpackers". Dan yang paling tak boleh tahan apabila somi mak memberitahu judul novel keduanya itu.. Memang tak pernah terfikir tajuk serupa itu... Tajuknya ialah....
Dengan Backpack Pink Aku Mengembara ... boleh gitew hehe .. Adoiiii ada sedikit unsur meroyan di tajuk tu kan hahaha nak buat macam mana mesti le ada tersangkut paut sikit dengan isterinya ni kan ahaks.. Sekarang baru aje dapat 10 muka surat, yelah dia pun baru je mengembara 6 hari.. lagi 25 hari insyaallah akan bertambah tebal novelnya itu..
Doakan agar semoga segala urusan kerja, shooting dan penulisan novel kedua ini dipermudahkan dan berjalan lancar in sya allah .. amin...