Saturday, March 23, 2013

OPERASI D6 Akan Menemui Anda Tidak Lama Lagi

As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak Dara selain meroyan di blog adalah seorang penulis skrip drama.. Mak Dara telah berkecimpung dalam dunia penulisan sejak dari tahun 1997 lagi.. Dan setelah lebih 15 tahun mak menjadi seorang penulis skrip drama mak telah menghasilkan lebih 67 buah skrip drama dan juga drama bersiri yang telah pun ditayangkan di kaca TV.. Klik di link INI untuk melihat senarai drama yang telah Mak Dara dan juga team penulisan Mak Dara pernah hasilkan selain itu .

Dan pada tahun 2012 Mak Dara ada menulis beberapa skrip drama bersama sama dengan panel skrip dan teman skrip writer Mak Dara.. Dan setelah hampir setengah tahun akhirnya drama yang Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan somi Mak Martias Ali iaitu sebuah drama bersiri 13 episod berjudul OPERASI D6 akan mula ditayangkan di kaca TV anda tidak lama saja lagi...

promo drama OPERASI D6

Drama OPERASI D6 ini berkisar tentang ketangkasan Pegawai SPRM menggunakan prinsip Bebas, Telus dan Professional dalam menjalankan tugas memerangi Rasuah. Menampilkan pelakon hebat masa kini Qazem Noor, Hairie Sazwan dan penyanyi Aurora Salwa. Sebuah lagi kerjasama SPRM/RTM dalam menerbitkan naskah aksi dalam menyebarluaskan mesej pencegahan rasuah..

Fuhhhh memang nebes tiap kali menanti karya karya yang telah dihasilkan yang bakal ditayangkan di kaca TV.. Bertambah nebes setiap kali mendengar feedback dari kawan kawan dan penonton. Apa apapun saya akan cuba menghasilkan lebih banyak drama yang lebih baik dari sebelum ini insyaallah. 

Nantikan drama OPERASI D6 yang akan menemui kaca Tv anda
di siaran RTM2 setiap hari Jumaat jam 9 malam bermula pada 29 mac depan.. Selamat menonton..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK