As salam duhai teman..
Besok 24hb Mac 2013 adik tunggal lelaki Mak Dara iaitu Adza Edie Izwan akan melangsungkan pertunangannya dengan gadis pilihannya Shieffa. Majlis akan diadakan di rumah pihak perempuan di Skudai Johor.
Adza Edie Izwan & Bakal adik iporku.. Shiffa
Syukur alhamdullilah PROJEK BIKIN HANTARAN telah Berjaya ! Cuma hari ni kami sekeluarga merepair serba sedikit hantaran yang akan di bawa ke Johor esok.. Adik Mak Dara pun mula membuat persedian "menghensemkan diri" ye lah dah berzaman dok simpan rambut panjang maka kami sekeluarga "paksa" dia untuk potong rambut seperti rambutnya tahun lepas (macam dalam gambor di atas). Disebabkan kakak kakak yang ramai maka dia terpaksa mendengar kata majority lalu terus kami membawanya kasi potong itu rambut.. Moh lihat di sebalik tabir persiapan adik Mak Dara si Edie ni ye..
Taraaaaaa tiada lagi imej mat rock kapak.. now dah ok dah balik hehe... Ok now nak siapkan baju untuk dia pakai esok di hari pertunangannya pulak.. Perghhhhh banyak juga nak kena siapkan ni.. Lepas tu nak tidur awal sebab esok akan bertolak dari KL ke Johor pada pukul 8 pagi.. Selamat malam semua..
SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG WAHAI ADIKKU ADZA EDIE IZWAN..
semoga kekal ke jinjang pelamin In Sya Allah...