Tuesday, March 26, 2013

Aku Terima Tunangnya...

Tiba tiba tangan menjadi berpeluh peluh.. Sudah ku sapu dengan tisu yang semakin ronyok namun masih belum mahu berhenti. Hati pulak berdebar debar bila mahu melangkah masuk ke kamar itu.. Masanya telah tiba kini untuk aku menyarungkan cincin ke jari manis seorang gadis yang sedari tadi menunggu untuk mengubah statusnya dari solo kepada tunangan orang... Fuhhh dengan lafas Bismilah ku sarungkan cincin ke jari manis gadis yang bernama Shieffa....

Mak Dara menyarungkan cincin merisik

Mak Dara menyarungkan cincin tunang

Aku Terima Tunangnya...

Yeay... Welcome to the familyyyyyy..

Bila tersarung saja cincin itu maka sahlah PERTUNANGAN itu. Syukur alhamdullilah. Amin.. Fuhhhh itulah pengalaman Mak Dara tatkala menyarungkan cincin ke jari bakal adik ipar Mak Dara dalam majlis pertunangan antara adik Mak Dara Adza Edie dan pasangannya Shieffa.. Ini adalah first time mak dara jadi bidan terjun buat benda sarung sarung cincin semua ni.. Ini kerana Ibu Mak Dara tidak sihat dan tak dapat hadir ke majlis pertunangan anak tunggal lelakinya di Masai Johor itu.. Dan kakak sulung Mak Dara iaitu Adza Adzriyati juga tak dapat hadir kerana menjaga ibu Mak Dara itu. Maka mak dara selaku anak kedua dalam keluarga terpaksa memikul tanggung jawap untuk melangsungkan pertunangan itu.

Sedih memang sedih tapi dengan izin dan redha dari Ibu maka kami terpaksa meneruskan majlis walau tanpa Ibu di sisi.. Hmmm Beginilah rasanya nanti bila mak dara menyarungkan cincin tunang kepada bakal menantu Mak Dara nanti ek.. Dan lepas aje dah settle bergelar tunangan kepada adik mak.. apalagi masa untuk bergambar dengan bakal bakal ipor le..

Shieffa bersama Adza Tutyrianti

Shieffa bersama Adza Rinawati

Shieffa bersama Adza Nasyaemie

Shieffa tunangan kepada Adza Edie Izwan

ladies of ADZA FAMILY

Rombongan Mak Dara :)

Maafle jika mak dara banyak update entry mengenai pertuangan adik Mak Dara ni ye.. Almaklumlah dialah satu satunya adik lelaki Mak Dara dan Shieffa ni lah satu satunya bakal adik ipor perempuan keluarga kami so ke"exited"an nya melebih sikit hehe..

Shieffa... Welcome to the family...

Hmmm tiba tiba Mak Dara dapat satu idea untuk skrip drama terbaru Mak Dara dan tajuk skrip terbaru Mak Dara itu...

Aku Terima Tunangnya...

Amacam? Ok tak? hehe kalau dah nama penulis skrip tu semua perkara terjadi dalam hidup tu nak dijadikan drama kan.. haha


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK