Oh Mak Gayah! Betul ke ni!!
Ish takkan la kot.... Tak mungkin .. Mungkin Tidak!
Pengsan patblas saat.. pastu bangun jap.. nengok lagi.. pengsan balik patblas minit..bangun pekena roti bakaq dan milo suam pastu nengok lagi.. (cehhh sempat bekfes dulu tu haha) pastu mak cubit peha kanan tapi peha kiri mak tak rasa apa apa pun.. tak boleh jadi, Mak ingat nak pegi cubit pulak peha jiran sebelah rumah mak dara.. aaaaa tapi tak berani buatlah karang tindakan tu mengundang penampor je karang .. Lepas habis semua drama tu mak nengok balik ke skrin pc mak ni.. ehhhh memang betul lah... Mataku tidak speedo.. Memang betul apa yang terpampang depan mata ku ini. Tak salah lagi.. Blog Bicara Mak Dara yang meroyan ini berada di Ranking Alexa Malaysia di bawah 500 !!
Yezzzzzzzzzaaaaaaaa hahahahaha
Syukur alhamdullilah.. Berkat kerja keras dan meroyan yang tahap dewa akhirnya Mak Dara dapat menempatkan blog picisan dan tepian kolam ini di bawah #500 di ranking Alexa Malaysia.. tapi itu dalam Malaysia lah kalau overall ranking beratus ribu lemon....
Alexa Traffic Rank - 106,233
Alexa Malaysia - 490
Ini ranking setakat hari ni je.. esok lusa entah le naik ke turun.. Namun Mak akan cuba sedaya upaya mak untuk maintainkannya In Sya Allah..Mak Dara nak ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang AHLI MESYUARAT TINGKAP MAK DARA, setiap pembaca yang tak henti henti melayan royanan di entry entry Mak Dara selama ini. Dan Mak Dara nak ucapkan jutaan bilionan terima kasih kepada GURU mak dara iaitu blogger MIA LIANA yang menjadi mentor dan guru Mak Dara selama ini hingga blog ini berada di tahap ini.. Terima kasih Mia kerana tak putus putus mengsupport akak dan juga blog akak selama ni.. Jutaan terima kasih juga kepada Denaihati dan Che Mat Gebu atas trafik yang tak putus putus dari blog anda ..Hanya tuhan saja yang dapat membalasnya.. I'm sooo blessed to have a friend like you.. walawei spekaing the london bridge hehe.. Terima kasih Miaaaaaaaaaa...
Sayang korang ketat ketat hehe...
pssttt psstttt.. Nak tahu Ranking Alexa blog anda? boleh klik di SINI ya..