Syukur alhamdullilah episod Pertama drama bersiri bertajuk OPERASI D6 hasil skrip Mak Dara serta Adza nasyaemie (adik MD) dan Martias Ali (somi MD) telah selesai disiarkan di kaca tv di siaran TV2 sebentar lagi... Fuhhh memang nebesss setiap kali karya karya hasil skrip tulisan Mak Dara dan team mak dara disiarkan di kaca tv. Namun alhamdullilah selesai juga episod satu....
Ada tak yang menonton drama OPERASI D6 ini sebentar tadi? apa pendapat anda? Bagi yg tak berkesempatan menonton drama ni tak usah khuatir kerana terdapat 12 episod lagi akan ditayangkan .
Memang mak dara akui ini antara skrip drama palinggggg sukar kami hasilkan kerana ia melibatkan pihak berkuasa dan banyakkkkk protokol harus dimasukkan dalam skrip itu. Bukan macam skrip skrip drama mak yang lain pakai hantammm je nak masukkan babak apa apa sekali pun.. Kali ini skrip kami dipantau dan perlu mendapat green light dari banyak pihak sebelum ia boleh menjalani penggambaran. Menulis skrip ini membuka mata kami bertapa sukarnya menjadi seorang pegawai SPRM bagi membanteras jenayah rasuah.. Memang salute habis kepada setiap seorang mereka yang sanggup mengorbankan segalanya demi keselamatan negara. Salute SPRM!!
Jangan lupa saksikan drama OPERASI D6 episod kedua setiap Jumaat jam 9malam di RTM2 ya ;)