Sunday, March 31, 2013

MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara

As Salam duhai teman. Masa yang dinantikan 
telahpun tiba Mak Dara ingin menganjurkan 
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER


Mak Dara nak buat satu GA yang sangat simple, sempoi dan tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers.  Nama GA gah semacam je kan mestilah kerana ia se gah 56 hadiah yg telah ditaja oleh 30 org sponsor. Ya benar!! Sebanyak 60 buah hadiah hadiah hebat sedang menanti untuk dimenangi!!! Semua hadiah tersebut adalah ikhlas dan tajaan daripada 30 penaja dan juga teman bloggers Mak Dara.Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 30 penaja yang sudi untuk sponsor hadiah hadiah yang sungguh awesome ini. Jadiii.. Anda rasa bertuah? Moh nengok syarat syaratnya ya..

1. Follow Blog Bicara Mak Dara
2. Buat entri dengan tajuk 
"MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara"
3. Masukkan Banner Di Atas Ke Dalam Entry dan Linkkan Ke sini .
4. Copy paste senarai penaja di bawah ke dalam entry anda itu.
5 .Tag 3 Orang Rakan Anda Untuk Menyertai GA Ini. (Dan mereka harus tahu akan GA ini)
6. Setelah selesai sila tinggalkan Url link entry di kotak komen di bawah ya..


Satu Giveaway, 30 Penaja, 
60 Hadiah, Siapakah Yang Bertuah?
MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER 
by Mak Dara

Tarikh tutup pada 31hb Mac 2013 
12 Tengah Malam


Satu Jam Saja!

As salam duhai teman.. Syukur alhamdullilah setelah berlangsungnya giveaway Malaysia's Next Top Lucky Blogger Mak dara telah menerima sambutan yang sungguh hebat dari para penaja dan juga dari peserta.. Seramai 30 penaja yang sungguh bermurah hati untuk menaja giveaway dari Mak Dara ini dan seramai 316 penyertaan telah Mak Dara terima sehingga saat ini . Kini... tinggal satu jam sahaja lagi sebelum Giveaway MALAYSIA'S NEXT TOP LUCKY BLOGGER by Mak Dara akan ditutup dengan rasminya tepat jam 12:00 tengah malam ini...


Dikesempatan ini Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada 30 penaja yang sangat AWESOME kerana sudi menaja giveaway Mak Dara ini. Mereka adalah...


SheilaSalim,MrsVelentine,PuanGojes,MasZull,SeneoritaBaharin,Hazmanakaspecies1980,NadiaFarahida,Keyme,mamahannybunny,SiMatatajam,DayangDeno,AimanAziz,SuWaRaEntertainment,BetaKupu,SyidaRasyida,HanaMaroo,DatinTyka,ShimaMazlan,MimeMF,ZamaniAbe,MrsValentine,NormiNieza,SayaSukaGelak,CTCHEERY,ERAY,AYUJEAN,Lynn Si Pipi Merah,Kesuma Angsana,Kyle Kesha,Mohd Ridzwan


Malaysia's Next Top Lucky Blogger Hadiah kini Semakin Meningkat! Terdapat perubahan kepada hadiah yang ditawarkan oleh pihak penaja . Beberapa hari yang lalu seorang penaja iaitu blogger Ridzwan telah menambahkan hadiahnya dari satu menjadi 3. Dan sebentar tadi mak dara ada menerima inbox message dan email dari blogger Zamani dan Aiman menganai perubahan dan penambahan hadiah dari mereka.


email dari Aiman


                           Inbox msg dari Zamani

Terima kasih kepada Zamani dan Aiman atas penambahan dan perubahan hadiah hadiah tajaan dari anda.. Mak Dara amat amat hargainya.. Insyaallah Mak dara akan updatekan senarai hadiah yang bakal dimenangi oleh peserta nanti In Sya Allah.. Ok akhir kata pada yang belum sempat nak join tu boleh le cepat cepat join ya..


Lama Tak Tulis Cerita Hantu Seram

Hmmmm asyik asyik citer kelakor.. Asyik asyik komedi dan kebelakangan ni mak banyak hasilkan skrip untuk rancangan masakan dan cerita penyiasatan pula.. Dah berzaman rasanya Mak Dara tak hasilkan skrip bergenre hantu dan seram.. Kalau anda nak tahu Mak ada menulis beberapa skrip drama hantu dan seram antaranya drama bersiri NEK NAK dan SAKA dan banyak lagi..


Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim pertama) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim kedua) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod RADIO  (musim kedua) -ASTRO RIA

Memang bermacam macam pengalaman masa mak dara menulis cerita cerita seram ni.. Yang paling tak dapat mak lupakan ialah cerita NEK NAK iaitu sebuah kisah benar yang telah mak adaptasikan menjadi sebuah drama. Semasa sesi penulisan skrip itu mak didatangi "pelawat tak diundang" iaitu "watak sebenar" yg mak ambil kisahnya itu dan sejak kejadian tu terus mak berhenti dari menulis cerita seram..

Salah satu lagi pengalaman yang mak tak dapat lupa ialah ketika mak menulis skrip drama SAKA. Mak buat research dan telah ke Thailand dan bertemu dengan pembela SAKA itu sendiri. Mak siap interview dia macam mana dia boleh bela saka, cara dia kasi makan saka tu, cara dia jaga saka tu.. Ingat lagi masa orang siam tu nak tunjukkan mak dan somi saka yg dibelanya tu.. Walaweiii meremang bulu tengkuk dibuatnya . Mak dan somi menolak dengan cara baik dan minta supaya dia berjanji bahawa sakanya tidak "muncul" atau mengganggu kami selama kami berada di rumahnya sehingga habis kami interview dan pulang dari rumahnya.. 

Drama bersiri 13 episod SAKA -ASTRO RIA

trailer drama bersiri SAKA

Haaa jangan ingat kerja sebagai penulis skrip ni mudah... Mak bukan jenis penulis yang pakai hantam aje apa yang nak ditulis.. Mak dah diajar oleh cikgu dan guru penulisan mak termasuk somi mak sendiri walau apa pun yang nak dijadikan skrip harus lah ada research.. research.. research..  Hmmm tetiba mood untuk menulis cerita seram kembali.. dan kali ni mak nak tulis mengenai "QORIN".. hmmmmm akan kah terlaksana.. In Sya Allah...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK