Thursday, April 4, 2013

Siapakah Jutawan di sebalik Perniagaan Speedmart99

Anda pernah membeli barang keperluan di Speedmart99? atau pernah tengok kedai runcit speedmart? atau tak pernah dengar langsung tentang Speedmart99 ni.. Kalau anda nak tahu kedai runcit Speedmart ni adalah rangkaian kedai runcit yang sangat hebat especially di area lembah klang ni.. Jom kita tahu lebih lanjut mengenai siapakah Jutawan disebalik perniagaan Speedmart ini jom...

gambar dan info hakmilik Munchi Ahmed for Forbes Oh! Media

Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang Upaya (OKU), Belajar Setakat Darjah Enam dan langsung tidak tahu bertutur english. Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market 99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah

Beliau memiliki lebih 200 buah cawangan 99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi, Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11 anak. Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan peringkat sekolah rendah kepada Lee.

Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan serta snek ditepi jalan.” Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun, cukup untuk memulakan kedai runcitDari situ beliau mula belajar tentang perniagaan runcit.

Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat.Keadaan beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.

” Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah setakat darjah enam.” Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya bagi meminta diskaun dari pembekal.Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan berurusan seperti orang lain.

Hebat bukan? Apa lagi alasan kita yang sihat walafiat ni untuk berjaya?

p/s: Anda ada perniagaan dan mahukan perniagaan anda diwarwarkan di blog MD (sponsor post) sila hubungi Mak Dara di mrs_martias@yahoo.com

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK