Friday, April 5, 2013

Kasih Ku...

Kasih ku.. Anak Mak Dara si Adza Kasih Safea masih belum baik dari demamnya.. Semenjak pagi tadi keadaan Kasih semakin panas dan semakin lemah.. Sedih mak lihat keadaan anak mak yang terbaring dan tak bermaya macam tu.. Mak sejak pagi asyik tuamkan air ke kepala dan badannya. Harap harap panasnya berkurang..

Jika keadaan masih sama hingga petang nanti mak akan bawah Kasih ke klinik lagi untuk kali kedua..

Untuk Kasih ku.. Semoga cepat sembuh ya sayang....


Berpanasss Lagi

Adoiiii berpanas lagi mak dara dan anak anak malam ni disebabkan bekalan elektrik yang terputus sejak pukul 1pagi tadi.. Kawasan tempat tinggal mak dara ni iaitu di area AU5 lembah keramat ni memang sangat sangat terkenal dengan kes kes bekalan elektrik yang sering terputus.. Kalau dalam sebulan dua tak terputus bekalan elektrik di kawasan ini memang hebattttt sangat lah.. Ni yang buat mak dara bertambah tambah panassssss malam ni walaupun dari tadi dok sakan kipas anak anak guna surat khabaq..

Elok pulak timingnya apabila dua orang anak mak dara tengah sakit sakit dan demam.. bayangkan budak budak yang demam dan panas badan bila bertambah panas takdak kipas bertambahlah diorang merengek kan... Time time ni pulak lah nak pegi beli lilin kat kedai tapi dah habis dek kerana satu kampung pakat beli ramai ramai... Oh dugaan.. Redha je lah.. Oh how I wish somi mak ada di sisi. Mesti dia tahu apa nak buat.. :(

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK