Saturday, April 6, 2013

8 Tahun FOBIA MEMANDU KERETA

As salam duhai teman.. Hari ni Mak Dara ada topik dan entry yang agak serius untuk dibincangkan Ok hari ni mak dara nak luahkan sesuatu pada anda.. Sesuatu yang Mak Dara tak luahkan pada sesiapa kecuali pada keluarga dan teman teramat amat rapat dengan mak saja.. Perkara apakah itu...? Perkara yang telah menghantui hidup Mak Dara sejak 8 tahun yang lalu.. Iaitu mengenai FOBIA.. Mak pasti ramai juga teman teman yang mempunyai pelbagai jenis fobia dan Mak Dara mempunyai FOBIA UNTUK MEMANDU KERETA.

Kisah bermula apabila mak dara mendapat lesen memandu mak dara tak lama dulu . Orang baru dapat lesen.. apa lagiiii habis lah jalan jalan di KL ni mak dara tawaf.. Time tu rasa happy sangat sebab tak perlu terlalu bergantung pada somi mak untuk bawa mak kemana yang mak tujui.. Nak jadikan cerita pada satu hari ketika drive pulang ke rumah entah macam mana mak dara hampir nak melanggar sebuah motosikal yang membawa seorang anak kecil dibelakangnya. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana mereka boleh terlepas dari dilanggar oleh kereta yang mak dara pandu itu. Its so miracle.. Sampai sekarang pun kalau mak kenang balik memang tak masuk akal bagaimana mak boleh tak terlanggar mereka itu.. Memang tak logik.Mungkin itu adalah keajaiban dari yang maha esa.. Mak amat amat bersyukur kerana telah selamat dari melanggar mereka yang tak bersalah itu namun sejak hari itu mak telah sedari bahawa Mak menjadi sangat fobia untuk memandu. Walau telah cuba banyak kali namun mak tetap tak boleh memandu sejak insiden itu.

Kini 7 tahun berlalu Mak Dara masih tetap fobia untuk memandu asyik asyik renew je la lesen setiap tahun.. Mak akan hanya drive jika keadaan yang darurat dan emergency sahaja. Itu pun pernah mak lakukan 3-4 tahun lepas di mana anak mak sakit dan somi mak takde dirumah.. Dan semalam perkara sama berulang lagi.. Dimana anak Mak Dara Adza Kasih demam panas... Time tu juga tiada seorang pun ahli keluarga Mak dara ada di rumah.. Maka nak tak nak mak kena drive juga.. Demi anak anak apa saja mak sanggup lakukan.. Jadi........... Mak pun drive.....

 
anak sulung mak siap snap pic mak tgh drive 
katanya bukan senang nak nampak mama drive adessss

Mak Dara & Adza Kasih

Walaupun tangan asyik berpeluh peluh.. walaupun jantung berdegup macam nak meletup.. Mak kuatkan juga semangat dan drive ke klinik. Syukur alhamdullilah sampai juga ke klinik. Namun mak dara parking kereta agak jauhhh dari klinik itu sebab kawasan depan klinik tu memang selalu banyak kereta dan takde parking . Sampai aje mak terus dukung kasih masuk klinik dan syukur kami semua selamat pulang selepas Kasih mendapat rawatan..

Demi Allah mak lakukan ini untuk anak anak mak dara. Jika tidak takkan mungkin mak akan drive malam tu. Selepas je balik kerumah kecoh satu keluarga mak dara yang dapat tahu yang mak dara drive semula. Semua bertambah support supaya mak hadapi fobia mak dara itu demi diri mak sendiri dan juga untuk kesenangan anak anak mak juga. Memang tidak mudah untuk hilangkan fobia ini namun akan ku cuba In Sya Allah.. Mungkin benar juga kata mereka itu. Kini mak percaya mungkin semua yang berlaku ini ada hikmahnya .... 


Keep Calm

Keep calm.. Keep cool.. Keep on meroyan.. Let's BLOG!!


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK