Anugerah Bintang Popular Berita Harian pasti merupakan anugerah yang ditunggu-tunggu oleh setiap peminat di seluruh Malaysia. Setiap tahun pasti akan muncul artis-artis baru yang menjadi pilihan pembaca sendiri. Teringat lagi kenangan semasa Mak Dara menghadiri majlis ABPBH ni pada tahun lepas yang bertempat di ARENA OF STAR GENTING HIGHLAND.. Memang sangat meriah dan sangat sangat menghiburkan..

Mak Dara dan somi yang baru tiba di Arena Of Star Genting

Majlis APBPBH tahun lepas

Suasana dan penonton @ Majlis APBPBH tahun lepas
Masih terngiang ngiang lagi jeritan dan sorakan para peminat apabila Aaron Aziz dinobatkan sebagai pemenang bagi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. Dan masih teringat lagi akan kekecohan yang berlaku selepas kemenangan itu..
Namun pada tahun ini mak harap tiadalah kekecohan yang berlaku apabila para pemenang diumumkan atau dinobatkan seperti yang telah terjadi pada Aaron Aziz tahun lalu. Biasalah adat bertanding pasti ada yang kalah pasti ada yang menang. Dan menjadi adat juga di setiap pertandingan ada yang puas hati dan ada yang tidak berpuas hati pada pemenang yang telah terpilih. Its normal. Totally Normal. Mak pun hormati semua pendapat dari semua pihak. Somi Mak Dara sendiri pernah dipersoalkan apabila dia memenangi ANUGERAH PENULIS SKRIP TERBAIK di Anugerah Sri Angkasa tak lama dulu.. So memang dah biasa bagi orang orang seni untuk menghadapi cabaran dalam dunia seni sebegini.
Bagi Mak Dara ABPBH adalah satu anugerah yang dianugerahkan kepada warga seni melalui undian peminat dan pembaca akhbar Berita Harian. Undian berdasarkan kepopulariti individu seni tersebut melalui bakat mereka dibidang masing masing. Jadi diharap semua dapat menerima semua keputusan yang bakal diumumkan malam nanti ya In Sya Allah.. Sayangnya pada tahun ni Mak Dara tak dapat hadir ke majlis ini disebabkan somi Mak yang masih shooting di Cambodia tu.. All the best untuk kesemua Top 5 Finalis untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 !