Wednesday, April 10, 2013

BENCI DAN MELUAT PADA PEMBULI !

As salam duhai teman.. BULI .. satu perkataan namun membawa seribu kesengsaraan bagi semua mangsa yang pernah mengalaminya.. Terbaru kecoh di sana sini mengenai sebuah video berkaitan kes buli pelajar Smk Tun Hussein Onn . Pasti anda semua dah tahu tentang video yang dah tersebar secara meluas tu kan.. 

Terus terang Mak Katakan yang mak pun tak mampu nak tengok video tu.. Anak Mak Adza Danial Haiqal pun pernah kena buli disekolahnya sampai buatkan dia cari pelbagai alasan untuk tak pegi sekolah. Mula mula Mak marah dia kaw kaw.tapi naluri sebagai ibu dapat rasa ada sesuatu yang dia sembunyikan. Akhirnya lepas Mak slow talk dengan dia baru dia mengaku tentang pembuli dan geng yang selalu buat macam macam pada dia di sekolah.. Sedih hati ni bila dapat tahu anak diperlakukan dengan tiada belas kasihan. Mak yang mengandung dan melahirkan dia dan jaga dari bayi sampai besar tiba tiba senang senang je ada yg buat dia sampai begitu sekali.. Sedih dibuatnya.. 


Laporan polis oleh Adza Haiqal

Mak Dara ada menulis tentang kes pembulian terhadap anak mak dara di entry ini Anak Mak Dara Di Buli. Laporan Polis Telah Dibuat dan juga di entry ini Pembuli Anak Mak Dara Telah Di Rotan & Di Gantung Sekolah . Setelah report polis dibuat akhirnya pembuli dibuang sekolah. So pada ibu bapa kena peka jika anak anak selalu cari alasan untuk tak kesekolah pasti ada sesuatu yg berlaku padanya. Nasihat saya jika anak anda dibuli terus buat report polis jangan sampai terlambat..menyesal tiada guna.. KATAKAN TIDAK PADA PEMBULI!


WW : Senyum Tak Perlu Kata Apa Apa ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK