Friday, April 12, 2013

YABEDABEDU..

Hahahaha tajuk entry macam tak boleh blah aje kan hahahaha.. Ya macam semua dah tahu somi mak dah pun pulang dari pengembaraannya selama sebulan. Dia pergi shooting untuk sebuah rancangan travelog untuk RTM sebuah rancangan bertajuk KEMBARA BACKPACKERS dan lokasi penggambaran mereka ialah di Thailand, Vietnam, Laos dan Cambodia.. Haa 4 negara jah oi maunya sebulan kan hehe.. Jadi semalam tepat jam 10 malam maka pulanglah somi mak tu...

Sampai aje kereta di depan rumah habis anak anak  mak tutup lampu dan pasangkan lilin kek Bila bukak pintu je erus jerit "welcome home papa". Kata somi mak dia dah dapat agak dah yang kami ada buat surprise.. Ni semua anak mak dara punya pasal le dia asyik jerit suruh pasang lilin kekuat .. adoii dah hilang surprisenye.. Tapi yang sayangnya gambor dalam gelap tu tak jadi. almaklumlah hanphone pun lupa nak bukak flash so moh mak share kan gambor yang jadi je lah ye..

anak anak mak dara bersama papa mereka
(sorang lagi da selamat tidor dah hahaha)




Haaaa waktu yang ditunggu tunggu penyerahan ole ole hahahaha

Yeaaaa Mak Dara dapat handbaggggg.. Macam tetahu je somi mak ni yang mak ni memang hantu bag.. err bukan le hantu bag tapi peminat bag bag tangan.. korang faham kan maksud mak hahahahaha.. 

Maka itulah ceritanya.. Syukur alhamdullilah somi mak dan semua krew krewnya telah tiba kerumah masing masing dengan selamtnya. Jadi jangan lupa nantikan rancangan KEMBARA BACKPACKERS bersama Nazri Arshad di RTM ya.. (maybe dalam hujung tahun nanti kot In Sya Allah)


Bekalan Air Terputus Lagi!


AIR TAKDE LAGI!!! Nak mandi tak boleh nak masak pun tak boleh .. Dah le anak anak ramaiii... Now nak kena bawak anak ke rumah kakak untuk anak anak mandi dan tumpang basuh kain kami anak beranak di sana.. Berikut adalah kenyataan yang mak dara dapat mengenai bekalan air terputus ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1. Flat DBKL Dato’ Keramat 2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak 4. Jalan Gurney
5. Kementah 6. Pulapol
7. Wisma Tanah 8. JUPEM
9. UTM 10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom 12.Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir 14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka 16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana 18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya 20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang 22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga 24. Taman Miharja
25. Taman Kobena 26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan 28. Flat Sri Melaka
Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak
1. Kampung Baru Ampang 2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview 4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali 6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR 8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights 10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay 12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay 14. Beverly Heights
15. Ampang Indah 16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana 18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang 20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah 22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak 24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh 26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran 28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah 30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya 32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara 34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai 36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai 38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya 40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang 42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah 44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang 46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya 48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang 50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya 52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang 54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati

Tambahan Kawasan Terlibat
56. Tmn Danau Kota 57. Bukit Antarabangsa
Jumlah Akaun : 61,392

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK