Monday, April 15, 2013

Projek T-Shirt Denaihati Network

As salam duhai teman.. Pada minggu lepas Mak Dara ada menyertai satu projek hebat anjuran blogger hebat dan salah seorang blogger yang sangat sangat Mak Dara hormati iaitu blogger DENAIHATI dan projek itu adalah Projek T-Shirt Denaihati Network . Apa itu Projek T-Shirt Denaihati Network? Projek T-Shirt Denaihati Network adalah projek untuk mempromosi 20 Blog. Sebanyak 250 T-Shirt akan di print dan dijual semasa Seminar Buat Duit dengan Blog dan secara online. Hasil jualan projek ini akan disumbangkan untuk pembinaan Sekolah Pusat Islam Kemboja. 


Screen Shot 2013 04 08 at 9.03.49 AM Projek T Shirt Denaihati Network
URL Blog terpampang di belakang t-shirt :
Screen Shot 2013 04 08 at 9.04.20 AM Projek T Shirt Denaihati Network
pic oleh denaihati.com
Dengan modal hanya RM150 Blogger akan dipromosi oleh 250 pemakai t-shirt tersebut selagi t-shirt tersebut tidak musnah dan paling menarik dapat berbakti menyumbang membina Sekolah untuk umat islam di Kemboja yang manafaatnya bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat inshaa Allah. Kalau tak salah terdapat beberapa lagi tempat kosong untuk dipenuhi. Jika anda rasa mahu menyertai Projek T-Shirt Denaihati Network ini klik di SINI dan boleh baca semua detail dan keretangan lanjut di sana ya.. 
Buat tuan Denaihati saya ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima penyertaan dari saya dan saya doakan agar projek ini berjaya ! In Sya Allah...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK