As salam duhai teman.. Aiseymen dalam mak dok scroll down post post yang ada di dashboard ni tetiba terjumpa post ni masih menjadi "draft" yang tak mak publish publish lagi sampai ke hari ini.. Entry ni ditulis masa majlis pertunangan adik mak dara iaitu Adza Edie bersama tunangnya Shieffa tak lama dulu. Selepas saja majlis pertunangan selesai dan makan kenduri pun dah habis pihak kami bedal maka kami kemudian bercadang nak capture moment ini dengan buat satu simple outdoor photoshoot bersama ahli keluarga baru kami iaitu Shieffa..
Nak nak pulak adik mak dara si Edie ni dan bakal adik ipor si Shieffa ni memang amat meminati bidang photografi jadi apalagi terus niat nak posing ramai ramai diteruskan.. Moh Mak Dara sharekan gambor sesi fotografi outdoor kami sekeluarga ya.

rombongan Cik Kiah dah datanggggg...
dr kiri Adza Emie, Adza Irda (MD), Adza Rina & Adza Tuty

ala ala desperate housewife gitew wahaha

welcome to the ADZA FAMILY shieffaaaa



Adza Edie & Shieffa
Haaa tengok je yang boleh ye no touching touching blom muhrim wahaha

Mak Dara dan anak anak
dr kiri: Adza Haiqal, Adza Danina, MD, Adza Kasih & Adza Isabella



Adza Danial Haiqal & Adza Danina Kirana


Adza Kasih Safea & Adza Isabella


Adza Tuty (Baju Biru) & anak anaknya Adza Aniq Danish & Adza Zara
Adza Emie (baju coklat) bersama anaknya Adza Qhaliesya dan somi Zainal

Adza Rinawati



tengah posing utk buat blog header baru hehehe

yeayyy dah selesaiiiiiiiiiii

from D'ADZA FAMILY with Lovessssssssss
Itulah dia antara gambor yang kami snap pada petang pertunangan adik Mak Dara itu.. memang sempoi habis dan very the colourfull dengan dress dress yang kami tempah khas untuk majlis pertunangan ini. Terima kasih kepada Makcik Ratna iaitu ibu mertua adik Mak Dara si Adza Emie kerana jahitkan baju kami semua dalam masa yang sangat singkat sekali. Kepada adikku Adza Edie Izwan dan Shieffa selamat bergelar TUNANGAN dan semoga ia kekal ke jinjang pelamin pada 1hb 12 2013 dan sehingga ke Jannah In Sya Allah...