Wednesday, April 17, 2013

Jemputan Dari YAB Perdana Menteri Malaysia

Semalam somi mak dara pulang ke rumah dan serahkan satu sampul surat pada mak sambil dia tersenyum je.. Dalam hati amboi senyum semacam je apa isi sampul ni jangan pulak kad undangan perkahwinan kedua dia cukuplah.. maunya periuk belanga melayang layang karang ni hehe.. Apa lagi terus je bukak sampul macam budak budak bukak pembalut coklat dengan laju sekali. Bila buka aja.....




terus baca... ada jemputan dari YAB Perdana Menteri Malaysia.. Kata somi mak dia antara 70 orang yang dijemput.. Somi kata nak bawa mak sekali jap lagi.. Yabedabedu hehe... Kata somi mak, ramai rakan artis yang akan ke  majlis ini seperti Dato Siti Nurhaliza dan ramai lagi.. Ok semoga majlis pada petang ini berjalan dengan lancar ya.. In Sya Allah...

p/s: ini bukan entry mengenai politik . Dan jangan politikkan entry ini. harap maklum. (Huhu pening kepala bila semua pun nak dipolitikkan sekarang ni kan.. ya ampunnn hehehehe)

MISTERI DAN KELEBIHAN SURAH ALFATIHAH

As salam duhai teman. Pagi ini Mak Dara terpangging untuk berkongsi sesuatu yang mak dara terbaca di newsfeed facebook Mak Dara.. Asyik dengan entry meroyan saja sekali sekala nak juga berkongsi entry yang mungkin dapat memberi bermanfaat kepada para pembaca Mak Dara kan.. Ok mari kita lihat misteri dan kelebihan mengamalkan surah AL FATIHAH..


1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu

2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman

3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental

4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil 
mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan

5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa

6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA IN SYAA ALLAH...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK