Ini adalah sambungan dari entry Mak Dara Ke Kediaman Rasmi Perdana Menteri Di "Sri Perdana" Putrajaya. Dalam entry ni Mak Dara akan kongsikan apa yang telah berlaku di majlis yang telah Mak Dara dan somi hadiri semalam bersama sama hampir 1000 penggiat seni tanah air kita.
Bersambung dari ketibaan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri ke dalam dewan. Majlis terus dimulakan dengan bacaan Doa dan seterusnya nyanyian lagu NEGARAKU dan lagu I Malaysia dan diteruskan dengan ucapan oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi.

Mak Dara tengah nyanyikan lagu 1Malaysia :)


pengacara majlis

ucapan oleh Presiden SENIMAN iaitu Zed Zaidi.



YAB Perdana Mentri Datuk Seri Najib Razak semasa mendengar
ucapan dari Zed Zaidi
Presiden Seniman, Zed Zaidi meminta kerajaan mempertimbangkan empat perkara yang mempengaruhi kebajikan penggiat-penggiat seni tanah air. Antaranya, masalah hak cipta, royalti dan isu intelektual kepada penggiat seni, dana industri kreatif, pemilikan perumahan serta Kad Diskaun 1Malaysia.
Majlis kemudian diteruskan dengan ucapan dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula .

ucapan dari YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
Datuk Seri Najib Razak turut mengumumkan semua penggiat seni yang berdaftar di negara ini akan menikmati kemudahan kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) bagi membolehkan mereka menikmati potongan harga di pelbagai kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara. Seterusnya Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad diminta mengkaji model pembiayaan membeli rumahnya bagi rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji, umpamanya penggiat seni. Selain itu, katanya, dana industri kreatif perlu RM112 juta digunakan sepenuhnya dan kerajaan bersedia menambah sekiranya tidak mencukupi bagi membantu ahli mengembangkan bakat seni. Malah, beliau berharap kerangka penilaian harta intelek dapat dimuktamadkan sebaiknya supaya penggiat seni mendapat pulangan royalti seadilnya terutama pelakon yang tidak mendapat royalti dalam filem atau drama yang diulang tayang.
Berita gembira itu diterima baik oleh semua penggiat seni yang hadir termasuk lah Mak Dara dan somi.. Ye lah penggiat seni macam kami ni mana ada payslip, bank statement bak kata Zed Zaidi pihak bank memang amat berkeras dengan pihak penggiat seni. Jika penggiat seni dapat lah peruntukan untuk mendapat pembiayaan membeli rumah ini sangat sangat menggembirakan.. Takkan semua dah lupa dengan apa yang telah berlaku pada allahyarham Tan Sri P. Ramlee di mana hingga ke akhir hayatnya tinggal di rumah sewa. Kami tidak mahu itu berlaku pada para penggiat seni tanahair. Semoga kebajikan kami terbela hendaknya In Sya Allah..
Ok nantikan entry terakhir Mak Dara tak lama lagi ya.. Ada gambar yang lebih EKSKLUSIF.. Tunggu....