Friday, April 19, 2013

Jom Tonton OPERASI D6 Di RTM2


As salam duhai teman.. Ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu bahawa pekerjaan Mak Dara selain meroyan di blog adalah seorang penulis skrip drama.. Mak telah menghasilkan lebih 67 buah skrip drama dan juga drama bersiri yang telah pun ditayangkan di kaca TV.. 

Dan sekarang yang sedang ditayangkan di RTM2 pada tika dan saat ini ialah sebuah drama bersiri yang Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan somi Mak Martias Ali iaitu sebuah drama 13 episod berjudul OPERASI D6 .





Drama OPERASI D6 sedang ditayangkan di RTM2 sekarang.. Anda boleh tonton secara live streaming dan hanya perlu klik di link di bawah.. 


Tontonlah drama OPERASI D6 di RTM2 setiap hari Jumaat jam 9 malam Selamat menonton..



Romantik La Pulop

Amboi amboi amboi... seronoknya hati bila tetiba somi dendangkan lagu untuk Mak Dara, siap main piano lagi khas untuk mak sebentar tadi... Elok lah tu piano kat rumah mak pun dah meriah dengan habuk je sejak dah lama tak dimainkan wahaha.. Tapi heran jugak.. Angin tak dak.. ribut tak dak.. tiba tiba boleh pulak serenade kan/senandungkan lagu untuk mak.. "our song" pulak tu.. Romantik la pulop ahaks... Hmmm Mak pasti semua pasangan ada lagu istimewa bagi setiap pasangan kan.. Dan lagu yang somi mak tujukan lagu untuk mak tadi ialah lagu bertajuk "IT MIGHT BE YOU" nyanyian Stephen Bishop.. Lagu lamaaaaaaaa.. almaklumlah kami pun "orang orang lama" (tak nak tulis perkataan tua wahaha)..

Somi Mak , Martias Ali ;)

Pada yang tak pernah dengor lagu tu meh mak letakkan link youtube untuk uols dengarkan ye.. Itu pun kalau sudi lah.. 


Emmm maaf le kalau entry mak dara malam ni mendatangkan rasa loya atau rasa menyampes uols pada mak hehehehe.. Jangan marah tau nanti kena jual wahahaha... 


Ku Pilih Malaysia

Perang bendera di mana mana sekarang ni dan rumah mak juga tidak ketinggalan untuk pasang bendera juga... Walau siapapun pilihan kita hormat menghormatilah sesama kita.. Jangan disebabkan pemahaman kita berlainan kita nak bermasam muka dan memutuskan silaturahim yang telah dibina. Ini yang perlu kita tanamkan di hati anak anak kita.. KU PILIH MALAYSIA ;)


Salam Jumaat

Salam Jumaat kepada teman teman sekalian... ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK