As salam duhai teman... Hari ni Mak Dara nak ceritakan tentang AL BAGHDADI. Pernah dengar tentang Al Baghdadi? Pasti ada yang pernah dan ada juga yang tak pernah dengar langsung kan. Ok Al Baghdadi sebenarnya adalah sebuah pusat pengajian Al Quran.
Haaa Mak masih teringat lagi time mengaji dulu dulu tu masih je sekolah rendah lepas tu belajar dengan jiran sebelah rumah.. Dah tu pulak belajar dengan hampir berbelas belas lagi budak budak kat kampung tu.. Bila makcik tu baca semua main pakai ikut je.. Ada yang betul ada yang hanya main buka mulut walau suara langsung tak keluar haha.. Kalau tak datang mengaji dan terlepas beberapa surah tapi bila datang terus je sambung mengaji seperti yang lain lain. Tup tup sedar sedar dah habis khatam walaupun anda tak mendalami atau tak faham apa yang dibaca? Perkara ini terjadi pada anda? Perkara ni terjadi pada Mak dara sebenarnya. Maka walaupun dah kertu dan masuk usia senja nan merah namun Mak Dara rasa masih belum terlambat untuk ulang mengaji balik.. Mak terpanggil untuk masuk Pusat Pengajian Al Baghdadi yang bertempat di kawasan rumah Mak Dara di Wangsa Maju ni. Dan mak join bersama anak mak dara Adza Haiqal dan adik adik Mak Dara iaitu Adza Tuty dan Adza Rina untuk turut sertai kursus intensif Al Baghdadi selama tiga bulan sahaja. Tak lama kannnn...

Mak dara dan adik Mak Adza Tuty

Ustaz belum datang lagi hehe

Mak bersama Adza Tuty dan Adza Rina

Anak mak Adza Haiqal sedang kusyuk hehe

Dah selesai belajar masa untuk break kejap

pantry di Pusat Al Baghdadi memang selesa
Semoga dengan mengikuti kursus intensif selama tiga bulan ini berjalan dengan lancar In Sya Allah.. So moral of the story di sini ialah.. Walau dah kertu.. walau dah beranak pinak.. walau dah bercucu cicit... Jangan malu untuk menuntut ilmu.. :)