Wednesday, April 24, 2013

RANCANGAN MASAKAN DARI MAK DARA

As salam duhai teman.. Maaf Mak Dara nak mohon maaf jika Mak Dara agak jarang mengupdate mahupun membalas kunjungan kalian semua.. Mak Dara sedang dalam proses mengejar dateline bagi menyiapkan dua buah proposal rancangan masakan . Satu untuk stesten TV RTM dan sebuah lagi proposal untuk di hantar ke TVi. Salah satu dari proposal itu bertajuk...

Fuh agak lama jugak mak tak tulis proposal mahupun skrip untuk rancangan masakan ni.. Karya skrip terakhir rancangan masakan yang Mak dara tulis dan dah pun ditayangkan di TV adalah rancangan bertajuk JELAJAH RASA ETNIK dan  PERJALANAN HIJRAHKU. Satu mengenai resepi kaum kaum etnik yang dapat di seluruh Malaysia dan satu lagi rancangan mengenai resepi bagi para mualaf setelah memeluk islam.
promo rancangan JELAJAH RASA ETNIK PAMOGA


Serina sdg mengacarakan rancangan Perjalanan Hijrahku

Kali ini Mak Dara sekali lagi bergabung idea dan bekerja di bawah syarikat YKS SDN BHD iaitu sebuah syarikat milik Pengarah Abang Yusof Kelana dan juga Serina anak kepada Chef Wan.. Dan ini merupakan rancangan masakan ketiga dan keempat dari Mak Dara melalui syarikat penerbitan mereka.Serina memang punyai banyak idea . Kalau duduk meeting bersamanya memang seronok kerana dapat banyak idea dari beliau dan semua ideanya memang original dan memang totally lain dari yang lain.. 

Ok lah mak tak boleh bebel lama lama di sini.. Tik tok tik tok.. masa untuk mengejar dateline.. Kena siapkan secepat mungkin.. Doakan agar semua berjalan lancar ya.. Amin...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK