Sunday, April 28, 2013

Al Fatihah Buat Arwah Bapa Saudaraku

Pada petang tadi Mak Dara telah dikejutkan panggilan yang memaklumkan pakcik saya, Md Zainudin Darus, iaitu abang kepada emak saya Zaleha Darus, telah kembali kerahmatullah pada petang tadi.. Tergamam apabila menerima berita sedih itu kerana mak ada kata yang dia asyik teringat akan arwah dalam seminggu ni. Dan katanya bila dia sihat nanti dia nak hubungi arwah. Namun hajat mak untuk bertemu dengan abangnya tidak kesampaian.. ternyata tuhan lebih menyayanginya.. 

allahyarham Pakcik Din 

Kepada auntieku Siti Hawa Choo Abdullah, dan my cousin Amin dan Safiah salam takziah dari kami sekeluarga . Be strong ya.. We really and do understand the feeling.. kami akan menyusul ke Taiping esok Insya allah.. 

Kami akan merinduimu Pakcik Din. Semoga Allah memberkatimu di SANA. Dan semoga rohmu diletakkan di kalangan orang orang yang beriman... Daripada Allah kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali. Semoga Allah mengurniakan kita Husnul Khatimah (kesudahan yang baik) dan menuju Jannah. Insya-Allah. AL FATIHAH...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK