Wednesday, May 1, 2013

Ditinggal Lagi...

Yaaaaaa baru je Mak Dara ditinggalkan selama sebulan pada bulan lepas.. Semalam Mak Dara ditinggalkan lagi oleh somi selama hampir seminggu .. Somi Mak Dara menyambung lagi shooting dan penggambaran program 13 episod bertajuk KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD.. 

Somi MD(baju merah) bersama team shootingnya


Kata orang sayang bini tinggal tinggalkan ye tak hehe.. Sebulan boleh tunggu apalah sangat beberapa hari ni kan.. Yang penting somi mak dan semua teamnya akan pulang untuk PRU 5 Mei nanti.. 

Hari ini lokasi penggambaran di sekitar MELAKA. Pada blogger melaka kalau nampak somi mak dan teamnya ni tegur tegur lah ye.. Mana tau anda akan diinterview dan masuk dalam rancangan ni hehe..


FEREENA BEAUTY - V-Shape Lotion

As salam duhai teman.. Haaaa yang jauh mari rapat yang rapat mari dekat.. Hari ni Mak Dara nak khaborkan pada teman teman semua tentang produk VShape Lotion  dari FAREENA BEAUTY. Haaa ni memang bagus pada yang gebu gebu dan comel macam Kak Ton errr sorry macam Mak Dara.. Haaa pada yang ada masalah lebihan lemak tu moh dengar molek ye.. 

 V-Shape Lotion FEREENA BEAUTY

MENGENAI V-Shape Lotion FEREENA BEAUTY

V-Shape Lotion FEREENA BEAUTY Mempunyai haruman yang memberi kesegaran pada minda dan sesuai disimpan dalam setiap beg tangan anda untuk kepelbagaian kegunaan.
• Lotion ini berkesan untuk memecahkan lemak di mana-mana bahagian tubuh badan terutamanya di perut, pinggan, pinggul dan dagu
• Gabungan herba serta teknologi serapan NANO yang bertindak cukup berkesan bagi memecah lemak berlebihan
• Selain itu boleh membantu melawaskan pembuangan air besar dan kecil, kembung perut dan senggugut untuk wanita
• Sangat sesuai dipakai oleh ibu-ibu yang berpantang
• Lotion ini sesuai untuk lelaki dan wanita

CARA-CARA PENGGUNAAN :

• Sapu dengan secukupnya pada bahagian yang dirasakan perlu dan terdapat lebihan lemak. Buat urutan dengan mengikut lawan arah jam dengan membuat urutan ringan sehingga rasa ia meresap sepenuhnya. (Perut : sapuan mengikut lawan arah jam), (Pinggang : urutan dari atas ke bawah)
• Penggunaan 2 kali sehari selepas mandi dan sebelum tidur akan membantu mempercepatkan lagi proses penyingkiran lemak

LANGKAH PENGGUNAAN :

Langkah 1 - Jangan picit terlalu banyak lotion, sapuan yang terlalu banyak akan menyebabkan kulit merasa amat panas dan pijar
Langkah 2 - Untuk bahagian perut, picit lotion mengikut kesesuaian, sapukan keseluruhan bahagian perut dan buat sedikit urutan. Proses pemecahan lemak akan menyebabkan tindak balas, gatal, ruam di bahagian perut akibat penyingkiran lemak yang berlebihan
Langkah 3 - Bagi memecahkan lemak di bahagian dagu, sapukan nipis sahaja sudah memadai
Langkah 4 - Penggunaan secar berterusan dan berdisiplin akan memberikan kesan yang lebih cepat.

TINDAK BALAS :

•Tindak balas pemecahan lemak berkemungkinan timbul gatal-gatal di permukaan kulit akibat penyingkiran lemak dan toksin. (Pastikan mereka yang mempunyai elergi pada kulit mendapat nasihat doktor sebelum penggunaan)

HARGA :
Rm 69 (Semenanjung Malaysia)
Rm 79 (Sabah/ Sarawak)

Jutaan terima kasih kepada Ielly Yaacub dan FEREENA BEAUTY atas tajaan ini. Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ielly di talian 0134222667 atau di fanpagenya @ https://www.facebook.com/EllysFavShoppe


SELAMAT HARI PEKERJA

SELAMAT HARI PEKERJA bagi semua para pekerja sekalian.. Hari ni CUTIIIIII!!!.. Cewahhh beria bagai nak rak Mak Dara ni kan padahal Mak Dara bekerja sendiri.. Kerja tulis skrip ni walaupun tak kena masuk pejabat 9 to 5 , walaupun tak perlukan punch card, walaupun ikut suka bila rasa nak tulis skrip tau bila rasa nak cuti dan walaupun gaji dapat tak tentu masa tapi still dipanggil bekerja jugak kan.. Hehe . Jadi kepada anda semua Mak dara nak ucapkan....



Selamat Hari Pekerja untuk anda semua tak kira lah anda keje dengan gomen ke , swasta ke, kerja sendiri ke, itu semua adalah kerja juga.. Selamat bercuti semua.... Pada surirumah sekalian hari ni mintak le off day dari somi somi sekalian.. Hari ni je gantung apron esok esok back to reality kembali hehehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK