Pepagi tadi setelah selesai bab bab anak anak ke sekolah, bab rumah dan settle beberapa rutin harian apa lagi rutin feberet Mak Dara lah iaitu bukak Instagram, Twitter, Keek, blog dan last but not least Facebook. Tak sah kalau sehari tak nengok perkembangan kawan kawan di FB ni melalui newsfeed, tetiba terkejut apabila mendapat tahu bahawa seorang teman blogger yang amat rapat dengan Mak Dara iaitu Blogger AYU atau panggilan manjanya AJ tak sihat. Anda kenal dengan AJ.. Ofkos le kenal kan dia antara blogger peramah yang paling sempoi dan satu kepala dengan mak dara juga. Kalau sehari tak terjah ke blog AJ atau tak dapat komen dari AJ rasa macam tak meriah je blog ni.

keadaan AJ pagi tadi -gambar hakmilik AJ
Pada mulanya saat Mak Dara tatap gambar ni mak sangka AJ menderma darah namun terkejut apabila AJ memberitahu bahawa dia mengalami jangkitan kuman dalam darah dan sel darah putih naik juga tekanan darah rendah.... Berat mata memandang pasti lebih berat bahu yang memikulnya.. Melihat jarum di tangan AJ ni sudah membuat kita tahu bertapa AJ berada dalam kesakitan saat itu. Marilah kita sama sama mendoakan agar AJ cepat sembuh ya..