Hehehe sekarang sedang ditayang sebuah drama bertajuk OPERASI D6 di RTM2. Skrip drama ni ditulis oleh Mak Dara sendiri bersama sama somi dan adik mak Martias Ali dan Adza Emie..Dan dalam episod malam ni antara lokasi penggambarannya telah dilakukan di rumah mak dara sendiri..Oh rasa segan pun ada sebab rumah mak dara tak le cantik biasa biasa aje hehe..Tadi dah keluar babak dalam bilik tidur mak.. Rasanya kejap lagi kat ruang tamu pulak kot. Pada yang nak nengok bagaimana rupa rumah mak dara boleh le nonton drama ni sekarang huhu .. malu mak hehe
Pada yang tak smpat menonton drama ni takpe.. drama ni adalah sebuah drama bersiri maka minggu depan boleh tengok lagi hehe..Tontonlah drama OPERASI D6 di RTM2 setiap hari Jumaat jam 9 malam Selamat menonton..