As salam duhai teman sebentar tadi somi mak dara dan krewnya telah menjalankan penggambaran sekali lagi di rumah mak dara. Jika beberapa hari yang lalu mereka shooting di bilik teruna mak dara, hari ini mereka shooting di hadapan rumah mak dara.. Rancangan yang mereka shoot ini merupakan sebuah rancangan bersiri 13 episod travelog bertajuk KEMBARA BACKPACKERS BERSAMA NAZRI ARSHAD yang akan ditayangkan di RTM tak lama lagi.. Rancangan ini akan menunjukkan Nazri arshad sebagai pengacara rancangan ini mengembara secara backpacking ke serata Malaysia, thailand, Laos dan Vietnam.
Ok moh mak kongsikan beberapa keping gambar semasa diorang tengah shooting di hadapan rumah mak dara sebentar tadi ya.. Ini adengan untuk episod pertama rancangan ni dimana seperti si Nazri keluar dari rumah untuk memulakan kembaranya..
Hmm mak rasa lah kan next time kalau somi mak dara Martias Ali mengarahkan rancangan atau drama terbarunya mak ingat nak ajak teman blogger lah.. Boleh kita sama sama rasa pengalaman shooting ni kan.. Ok tak rancangan mak ni hehehe