Wednesday, May 8, 2013

Kerenah Si Bongsu - WW






Kurangkan Membaca Newsfeed FB Jika Tidak Mahu Stress!

Masyaallah... Haaaaaaaai laaaaaaaaa.....Hmmm Istighfar dan mengeluh panjang aje Mak Dara sejak kebelakangan ini.. Korang rasa tak apa yang mak dara rasa... Rasanya semua mengalaminya sekarang.. Alami apa? Alami perasaan stresss tatkala menjenguk ke wall newsfeed di facebook... Faham faham sendiri lah ye tak perlulah mak dara terangkan apa yang tertulis dan diluahkan di sana.. Sedih.. Sedih mak dara melihat sesama kita bertelagah.. Sayu.. Sayu melihat ikatan silaturahim yang dibina diputuskan.. 



antara wajah wajah stress mak dara 

Bagi yang tak mengalami sebarang stress bila baca di newsfeed tu untunglah.. Namun pada mak memang stress. Dan bukan cara mak untuk menegur sesiapa atau menuding jari menyalahkan sesiapa pun.. Dah wall diorang, fb diorang memang hak diorang lah untuk luah segala galanya. Dan mak dara hormati setiap pendapat mereka itu. Mak yang stress bukan salah atau masalah diorang kannn hahaha.. Jadi untuk kurangkan stress, Mak Dara kini kurangkan untuk membaca newsfeed di facebook. Dannnn ternyata ia berhasil mengurangkan stress mak . Dan mak dara dah ambil initiatif untuk update dengan status yang meroyan dan yang dapat hiburkan hati mak sendiri.. Dah ada pulak yang tanya "kenapa asyik update status meroyan aje sehari dua ni?"

Hmmmm jawapan mak....

lebih baik saya update status meroyan dan tidak mengganggu gugat sensitiviti mana mana pihak dari update status mencerca, menjatuhkan dan memaki hamun sesama sendiri dan sesama kawan .. sebab kalau saya tiba tiba je menghembuskan nafas saya yang terakhir nanti bukannya mayat saya boleh bergolek masuk ke kubur sendiri.. Kawan kawan dan keluarga jugaklah yang nanti akan menyempurnakan jenazah saya.. Jadi moh renung renungkan bersama ye.... 

#sekalimakdarapotpetsusahnakstophehe


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK