Thursday, May 9, 2013

7 Bulan Tanpa Insan Bergelar.. Abah...

7 bulan telah berlalu ... Dalam sedar tak sedar sudah 7 bulan aku hidup tanpa insan yang bergelar Abah... Namun rasanya tiada satu haripun berlalu tanpa wajahnya diingatan... Selama tujuh bulan juga tiada lagi aku terbau wangi perfumenya tiap kali ke rumah abah.. Tiada lagi dapat ku lihat abah dengan kain pelikat kegemarannya yang tinggal kini hanya pelikat yang disimpan rapi oleh ibu dalam almarinya yang kini tanpa bertuan.. Tiada lagi suara cucu cucu dan anak anak yang berebutkan remote control dengan abah untuk melihat siaran rancangan di TV. Tiada lagi suara abah memanggil cucu cucu dan juga memarahi cucu cucu tiap kali mereka buat semak dan buat bising di rumah abah, Tiada lagi suara senda gurau antara abah dan mak di rumah itu yang tinggal hanyalah suara mak yang amat syahdu yang tak putus putus sedekahkan al fatihah buat abah tiap kali di penghujung solatnya... Dan selama tujuh bulan juga aku dan adik beradik yang lain bergelar anak yatim.. 

Kami redha.. Kami tahu tuhan lebih sayangkan abah.. tenanglah abah disana.. kami akan sentiasa merindui abah.. mengingati abah.. hanya doa dan al fatihah penyambung kasih sayang kita...

Tenanglah Abah di sana
Akan tiba masa ku jua
Untuk bersamamu satu masa nanti
Allahyarham ADENAN ARSHAD 
Dalam Kenangan 
ALFATIHAH....

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK