Friday, May 10, 2013

Mak Dara & Somi Di Majlis Penghargaan FFM ke 25

Semalam 9hb May 2013, bertempat di Dataran Finas berlangsung sebuah majlis PENGHARGAAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA ke 25. Majlis ini bagi menghargai semua mereka yang terlibat dalam menjayakan FFM ke 25 tidak lama yang dulu. Dan oleh kerana somi Mak Dara, Martias Ali merupakan salah seorang daripada juri juri untuk FFM yang lalu maka mereka turut menjemput kami untuk ke Majlis itu. Moh Mak kongsikan bersama anda beberapa keping gambar yang sempat Mak Dara snap snap di Majlis itu ya..

pentas Malam Penghargaan FFM 25

Mak Dara dan somi

kami antara yg terawal hadir :)

aturcara majlis

duduk di meja Juri :)

antara tetamu yang hadir

Somi Mak Dara menerima sijil penghargaan

Sijil penghargaan Somi Mak Dara

Pada malam itu semua yang terlibat dalam menjayakan FFM ke 25 telah menerima sijil penghargaan oleh pihak Finas. Somi Mak Dara juga merupakan salah seorang dari penerima sijil itu. Oh tak sabar rasanya untuk menunggu FFM ke 26 nanti pasti akan lebih menariks tertariks dan kebaboom mudah mudahan ... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK