Sunday, May 12, 2013

Surprise Breakfast In Bed

Pagi tadi tiba tiba pintu bilik mak dara diketuk.. Dah jenuh Mak Dara cakap masukle... masuk le... tak jugak masuk... Mak cakap lagi masuk ler...Last last pintu bilik dibuka perlahan dan lepas tu  keempat empat anak anak mak masuk kedalam bilik dan bawakan breakfast in bed sambil wish selamat hari ibu untuk Mak Dara.. Masyaallah... terharunya dengan surprise oleh anak anak Mak Dara ni... Elok lah pulak time tu tangan ni dok elok pegang handphone sambil selak facebook , apa lagi terus snap snap keletak anak anak mak tu.. Moh Mak Dara share kan dengan anda ya..

anak anak mak dara dah macam dayang pulak bawak masuk
makanan ke bilik mak hehehe

 
Adza Danial bersama megginya dan Adza Danina bersama air sirap

 
Adza kasih bersama sudu garfu dan Adza Isabella bersama icecream

meggi dan icecream

Adza Isabella dgn kad yang dilukisnya sendiri

 
Adza Danina dgn card yg dia design sendiri di computer

Masyaallah.. Mak dara rasa sangat terharu akan effort yang diambil oleh anak anak mak dara untuk mak pagi ni.. Rasa sweet sangat sangat.. Memang tak terungkap dengan kata kata... Syukur alhamdullilah mak dara dikurniakan anak anak seperti Adza HaiqalAdza Danina Kirana,Adza Kasih Safea dan Adza Isabella.. Terima kasih anak anak mama... I luvsss the surprise.. Mama luvsss you guys so much!!!!

Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu Ibu ya... 


Bila Aku Bergelar Ibu...

Bila aku bergelar ibu...
Saat mengandung merupakan satu termanis dalam hidupku..

Bila aku bergelar ibu..
Saat aku melahirkan merupakan saat paling menakutkan dalam hidupku..

Bila aku bergelar ibu..
menjaga kesemua kamu ketika bayi hingga besar merupakan saat bermakna buat diriku

Bila aku bergelar ibu..
Apabila bangun pagi dan melihat senyuman terukir di wajah dan mendengar perkataan "Mama" terkeluar dari bibir anak anakku..

dan pada saat dan ketika itu.. Aku bangga bergelar ibu....


Kepada anak anak mama Adza Danial Haiqal, Adza Danina Kirana, Adza Kasih Safea dan Adza Isabella... Terima kasih intan payung mama... Mama bangga punya anak anak seperti kalian.. Rasa bersyukur dikurniakan 4 cahayamata ini.. Mama sayanggggggggg semua hingga ke akhir nyawa mama..... 

Selamat Hari Ibu kepada semua kaum kaum ibu semua... 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK