Thursday, May 16, 2013

Kisah MAK DARA dan 11 buah sekolah


Sempena Hari Guru hari ni Mak Dara terpanggil untuk mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua guru guru yang pernah mengajar Mak Dara dahulu.. Tapi ada masalahnya.. Masalahnya ialah Mak Dara tak dapat nak ingat nama kesemua cikgu Mak Dara itu kerana Mak Dara telah bersekolah  11 buah sekolah semuanya.. Yup 11 BUAH SEKOLAH! hehe. Mak dara ni pesyen suka tukar tukar sekolah.. hampir tiap tiap tahun tukaq sekolah.. Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara  belajar ialah...

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1
2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2
3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3
4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)
5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5
6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6
7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1
8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2
9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3
10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4
11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5

hehe.. banyakkan? so kalau ada school mate atau cikgu cikgu yang saya agak ingat  ingat lupa tu harap jangan marah lah ya.. sebab saya dah banyak berpindah randah masa time sekolah dulu.. Pasti ada yang tertanya tanya macam mana Mak Dara boleh berpindah begitu banyak sekolah? Ini sebabkan arwah ayah Mak Dara dulu adalah seorang Nazir sekolah dia bukan sahaja seorang guru malah bertanggungjawap menjaga 36 buah sekolah yang lain so time tu apa lagi mak dara boleh main pilih aje sekolah mana yang mak nak belajar. Ayah mak dara memang marah sangat dengan kelakuan mak dara tu tapi diturutkan juga kata arwah , asalkan belajar... Dan kenangan paling manis ialah bersekolah di sekolah yang ayah Mak Dara mengajar.. Mula mula ingat boleh le mengulat tapi rupanya lagi teruk.. Ayah mak dara selalu marah dan ambil tindakan yang lebih keras kepada Mak Dara berbanding pelajar yang lain sebab dia tak mahu dikatakan berat sebelah pada anaknya.. Tahun seterusnya Mak Dara tukar sekolah lagi hahaha..

arwah ayah MD En ADENAN ARSHAD di pejabat guru (1986)

Kepada semua yang bergelar guru, SELAMAT HARI GURU mak dara ucapkan kepada anda semua!! Anda memang istimewa dan segala jasa kalian tak terbalas banyakknya.. Terima kasih Cikgu!! Dan Al Fatihah kepada Arwah Ayah Mak Dara dan semua guru guru Mak Dara yang telah kembali ke rahmatullah .. AL FATIHAH...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK