Sunday, May 19, 2013

Iron Man ke Star Trek

Hujung hujung minggu macam ni Somi Mak Dara suka bawa kami untuk pegi menonton wayang.. Kali ni kami cadang nak menonton Iron Man.. Teruja aje bila ramai kawan kawan cakap yang filem tu bestttt.. Tapi alih alih bila sampai je kat kaunter tiket kami dimaklumkan tiket hampir habis dan yang ada hanya beberapa seat je yang tinggal dan seat tu merupakan seat yang palinggggg hadapan...

Waduhhhh ikutkan hati memang nak jugak beli tiket tu tapi bila memikirkan kena duduk mendongak hampir dua jam kami padamkan ajelah niat nak menonton Iron Man tu dan akhirnya somi mak beli tiket filem Star Trek.. Dan akhirnya memang enjoy habis menonton Star Trek ni.. Memang filem ni bernafas baru dan semua pelakon baru.. Memang syiokkk .. Pada yang belum menonton tu boleh lah ke panggung nonton Star Trek ni.. Nanti mak nak cuba ajak somi mak dating nengok Iron Man jugak jugak tak kiraaa hehehe.. Wish me luck ya..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK