Tuesday, May 21, 2013

JOM MENONTON DRAMA PLANET KIARA!

As salam duhai teman.. Pernah dengar tentang drama bersiri PLANET KIARA yang telah ditayangkan di TV3 tak lama dulu? Yaaa drama ini skripnya oleh somi Mak Martias Ali, adik Mak Adza Nasyaemie, teman Mak Ayuni Zamani dan Adza Irdawati iaitu Mak Dara sendiri tau.... Kalau ada yang terlepas untuk menonton drama ini dulu, bolehlah menonton drama ini sekarang, kerana pihak TV3 telah mengulang tayang drama ini 3 kali seminggu . Ya drama PLANET KIARA akan ditayangkan pada setiap hari SELASA, RABU dan KHAMIS pada jam 6:30 petang!!!


Teaser 1 - Drama Planet Kiara Musim 1 (Ulang Tayang)

Selamat menonton drama bersiri bertajuk Planet Kiara yang akan ditayangkan di TV3 sebentar lagi jam 6:30 petang 

Pada yang berada di pejabat atau diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)


Mak Dara benar benar mengharapkan agar semua teman teman dapat menonton dan support drama bersiri PLANET KIARA ini .. Selamat menonton semua :)


Syukur Alhamdullilah

As salam duhai teman.. Mak nak khaborkan tentang update anak mak . setelah anak bujang Mak si Adza Haiqal diperiksa dan setelah keputusan darahnya diterima doktor benarkan Haiqal pulang ke rumah bersama ubat ubatan. Doktor benarkan dia balik dan tak ditahan dihospital namun doktor menyuruh Haiqal untuk datang ke hospital esok dan hari seterusnya sehinggalah haiqal baik dari demam tu.. Ini bagi mereka untuk monitor keadaan dan demam haiqal sehingga sembuh. Syukur alhamdullilah .

Sekarang masa untuk balik dan biarkan haiqal rehat secukupnya. Dan semoga lepas check up kedua di hospital esok Eqal dah bertambah sembuh hendaknya..
Mak nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua anda atas doa doa dan ucapan anda untuk anak mak dara itu. Terima kasih banyak banyak mak benar benar hargainya.. Terharu nak dibuatnya... Tenkiuuuuu semuaaaaaa....

Mak tulis entry ni masa dalam perjalanan pulang dari hospital.. Kesiannya bila mak toleh dan lihat keadaan eqal yang duduk di belakang tu.. Sabar ye intan payung mama.. Kejap lagi kita sampai rumah ya....




Sepetang Di Hospital Ampang

Setelah berhari hari demam anak teruna Mak Dara si Adza Haiqal tak kebah kebah walaupun dah dapatkan rawatan di klinik namun masih tiada perubahan maka mak dara dan somi telah membawa Haiqal ke Hospital Ampang. Di sana doktor mensyaki haiqal demam denggi maka mereka telah mengambil darah haiqal untuk blood test dan terus mendapatkan rawatan intensif..

Kami masih menunggu keputusan ujian darahnya itu.. Semoga dipermudahkan semuanya insyaa allah...


Intan Payungku..

Hari ini dah masuk hari ketiga intan payung mak dara si Adza Haiqal demam.. Ke klinik sudah.. Cucuk pun sudah.. Makan ubat sudah.. Tiba tiba teringat akan jiran mak yang ada kena demam denggi.. Terus mak suruh Haiqal minum air 100plus berbotol botol dan juga makan sup ketam bebanyak.. Tapi demam anak teruna mak sorang ni tak jugak kebah kebah..

Apa lagi somi mak bawa Haiqal ke Hospital Ampang.. Lebih baik ke hospital boleh check dengan lebih terperinci..

Doakan agar anak mak cepat sembuh ya...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK