Wednesday, May 22, 2013

Sah Demam Denggi!

Hari ini merupakan hari kedua Mak Dara membawa anak mak dara Adza Haiqal untuk follow up dan check up di Hospital Ampang. Semalam darah Haiqal dan diambil dan hari ini keputusannya dah keluar. Dan memang sah Haiqal mengidap demam denggi! Namun syukur alhamdullilah mak dan somi cepat membawa haiqal ke hospital dan demam denggi itu dalam tahap baru dan masih dalam keadaan terkawal. Namun yang merisaukan kami bila diberitahu bahawa suhu badan haiqal sangat tinggi iaitu 39.2. Dan satu lagi yang merisaukan ialah apabila diberitahu darah putih dalam badan eqal berkurangan. Namun oleh kerana doktor merasakan Haiqal masih dalam keadaan terkawal maka dia membenarkan haiqal untuk pulang dan tak perlu ditahan di wad.

Esok mak harus bawa haiqal untuk check up lagi dan darahnya harus diambil lagi. Begitulah keadaannya sampai Haiqal baik dari demam denggi..

Bila lihat keadaan anak yang sakit dan tak bermaya buatkan mak berharap agar semua sakitnya dapat diberikan pada mak.. Sedih tengok wajah haiqal yang letih tu .. Sabar ye nak.. Insyaa allah tak lama lagi baiklah demam denggi ni .. Sekarang kena rajin rajin minum air 100plus dan makan nasi dan sup ketam agar cepat sembuh ya...


WW : No Comment ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK