Syukur syukur alhamdullilah... Baru baru ini Mak dara telah ditawarkan oleh satu pihak (nama harus dirahsiakan dahulu) untuk mempromosikan sesuatu yang hebat. Ia berkaitan dengan dunia perfileman juga. Namun mak tak boleh nak expose apa apa lagi cuma nak kongsikan kegembiraan ini bersama sama anda rakan rakan blogger sekalian. Kerana pihak mereka mahu Mak Dara mengumpulkan seramai blogger yang mungkin untuk satu GA dan seterusnya mengadakan satu gathering untuk para blogger semua.. Part gathering yang buatkan Mak Dara rasa terujaaaa sesangat tu.. Ye lah boleh bertemu dengan uols semua.. Asyik bertemu di alam maya aje.. Nak juga bertemu di alam nyata kannnn...
Namun oleh kerana event ni agak besar Mak Dara telah meminta pendapat dan pertolongan dari teman baik Mak Dara iaitu blogger hebat Mia Liana, Bro Framestones dan Mak Lady untuk sama sama membantu Mak dara merangka kertas kerja itu.. Syukur alhamdullilah mereka sudi sama sama mahu membantu :) Maka semalam kami pun buatlah meeting di Wangsa Walk...
dari kiri Mia Liana , Iera , Bro Framestone ,
MD dan Mak Lady
Memang seronok brainstorming dengan blogger blogger otai sepertiMak Lady, Mia dan Bro ni.. Mereka memang hebat dalam bab bab event ni . Bila Mia, Bro dan Mak Lady sudi untuk membantu, mak rasa sungguh terharu sekali. Doakan agar projek kami ini dipermudahkan dan berjalan lancar ye.. Kalau semua kertas kerja dipersetujui mak akan pasti akan umumkannya tungguuuuuuuuu...
Mak dara benar benar mengharapkan sokongan setiap sorang dari anda.. Harap anda support dan join GA dan Gathering yang bakal diadakan nanti ya. Jap nak kembungkan pipi, muncungkan mulut kasi comey sikit hehe... Haa comey tak kak ton wahahaha. Jangan lupa untuk support kami nanti ya.. cayanggggg uols..To Mia, Bro Framestone dan Mak Lady terima kasih kerana sudi join dalam projek ni. Semoga projek kita ini berjaya insyaallah..
Pssttt pssttt... Alang alang dah baca entry mak ni.. Saja nak khaborkan yang sebentar lagi akan dutayangkan drama bersiri bertajuk PLANET KIARA di TV3 jam 6:30 petang ni// Skrip oleh Mak Dara, Martias Ali, Ayuni dan Adza EMie.. Kalau free free tu tontonlah ye.. Boleh juga ditonton di live streaming @ http://live.tonton.com.my/livetv/#tv3 !!