Sunday, May 26, 2013

Selamat Malam Sayangku

Hari ini merupakan hari kelima anak mak dara di hospital.. Pada pagi doc kata yang keadaan anak mak dara dan virus demam kencing tikus yang dihidap anak mak dara dah stabil.. Tapi bila petang tadi anak mak dara mengadu sakit dan sejukk yang amat sangat.. badannya ada menggigil juga walaupun sikit tapi amat merisaukan mak dan somi. Dia kemudian dirawat oleh doktor bertugas.. Dan dia terus tidur sejak tadi.

Malam ini somi mak dara akan menemani Haiqal untuk hari kedua.. Kalau ikutkan hati memang nak temankan haiqal tapi mak harus jaga tiga lagi anak mak dara di rumah tu. Namun walaupun rasa sayu dan sedih memikirkan satu satunya anak teruna mak di hospital namun mak tahu bahawa dia berada di bawah jagaan doktor doktor yang sangat bagus.  Ditambah dengan doa doa yang tak putus putus dari kalian insyaa allah Eqal akan bertambah sihat hendaknya. Semoga eqal berada di bawah perlindunganNya..

Terima kasih semua atas keprihatinan anda pada perkembangan anak mak ni ya.. Sayanggg korangggg

Kepada eqal.. Selamat malam sayanggg.. Besok mama datang jumpa eqal ya insyaa allah..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK