Beliau adalah sokongan
kita, beliau tunggak semangat saya dan adik-beradik saya. Itulah Ibuku Puan
Zaleha Darus.. Seorang Ibu yang sangat penyayang, seorang ibu yang amat
pengasih, seorang Ibu yang sangat aku hormati..
Bercakap tentang Ibu dan
kasih sayang seorang ibu, ingin saya kongsikan bersama anda tentang sebuah
peraduan yang dianjurkan oleh sebuah jenama terkenal di Malaysia iaitu COMFORT. Sempena dengan Hari
Ibu, Comfort telah mengadakan sebuah peraduan iaitu Comfort Ultra Pure,
Mum’s Pure Love di laman Facebooknya.
Peraduan ini bertujuan
untuk mengingatkan semua ibu-ibu baru akan pengorbanan seorang yang bergelar
ibu untuk anak-anak mereka. Peraduan ini juga bertujuan untuk menyebarkan kasih
ibu bukan sahaja untuk anak-anak mereka sendiri, tetapi juga kepada anak-anak
yatim. Marilah ramai ramai kita menyertai peraduan Comfort Ultra Pure,
Mum’s Pure Love. ini Apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil
bahagian?
1.Peserta perlu membuat gambar penutup Facebook (Facebook cover pictures) dengan
memilih template pilihan yang telah disediakan di laman facebook Comfort Zone
Malaysia
2. Memuat naik 3 gambar anda
dan anak anda dengan memaparkan detik-detik terindah dan kasih sayang anda
bersama dengan bayi anda. Saya memilih gambar saya dengan ibuku tersayang.
3. Peserta kemudiannya diminta mengisikan infomasi mereka and menjemput
rakan-rakan yang lain untuk menggunakan aplikasi ‘Mum’s Pure Love’.
Untuk setiap 10 pengguna
baru untuk aplikasi ‘Mum’s Pure Love’ ini Comfort akan menderma sebanyak RM5
secara tunai kepada Rumah KIDS yang merupakan sebuah rumah di mana anak-anak
yatim dan kanak-kanak yang ditinggalkan, didera dan diabaikan diberi
perlindungan, kasih sayang dan penjagaan. Comfort bertujuan untuk meningkatkan
sehingga RM5,000 menerusi kempen amal ini.
Para peserta yang
menjemput rakan rakan terbanyak menggunakan aplikasi ini juga juga berpeluang
untuk menjadi juara dan menerima ganjaran yang menarik.
Sememangnya, tiada
sesiapapun mengetahui betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu kepada anak
anaknya.. Tiada sebarang sukatan atau alat yang dapat menyukat kasih sayang
mereka terhadap kita.. Selagi nyawa dikandung badan.. setiap nafas, setiap
pengorbanan, setiap keringat , setiap saat , walau dimana jua kita berada jauh
mahupun dekat, rasa kasih seorang ibu pasti dapat dirasai oleh semua yang
bergelar anak..
Sejak arwah abah tiada 7
bulan yang lalu.. Senyuman makin lekang di bibir saya dan adik-beradik yang
lain, tawa ria kami turut berkurangan.. Gurau senda jua semakin pupus.. Namun
ibu sungguh tabah.. Dia menyembunyikan hibanya, dia ketepikan kehilangannya,
dia melupakan sedihnya. Ibu melakukan apa saja untuk menyatupadukan kembali
kami sekeluarga. Ibu menghidupkan semula semangat kami.
Ibu mengembalikan
senyuman kami. Ibu mengembalikan semula gurau senda kami sekeluarga..
Tahniah diucapkan kepada
COMFORT atas usaha murni itu. Jadi apa tunggu lagi.. Jangan ketinggalan untuk
menyertai peraduan Comfort Ultra Pure, Mum’s Pure Love ini. Selamat berjaya.