Sunday, June 9, 2013

Project Dari Hati - Projek Amal Untuk Anak Anak Yatim

As salam duhai teman.. Apa khabar semuanya.. Ok hari ni Mak Dara nak khaborkan tentang satu projek yang baekkkk punya.. Bukan projek business ye tapi projek amal dan projek itu dinamakan PROJECT DARI HATI.  


Bulan puasa tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi.  Kita pun tahu orang ramai akan jadi lebih perihatin dan tidak kurang juga ramai yang suka menderma bagi mengejar ganjaran di kehidupan yang abadi. Project Dari Hati ini adalah inisiatif dari   Kindness.my (Satu kumpulan badan amal tempatan di kl) bersama sama dengan salah seorang dari teman Mak Dara dan sominya iaitu AYUNI ZAMANI dan ZUL yang merupakan seorang penulis skrip juga telah bersama sama berusaha untuk mengadakan kempen "Telekung and Kain Pelekat Charity Drive" iaitu satu kempen bagi mengumpul dana untuk dapatkan telekung dan kain pelikat untuk warga penghuni rumah kebajikan dan rumah anak anak yatim di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini, bajet bagi sepasang telekung dan kain pelikat ialah RM60 (RM30 untuk telekung dan RM30 untuk kain pelikat). 

Project Dari Hati AYUNI ZAMANI DAN ZUL 

Untuk fasa pertama, tiga buah rumah kebajikan telah dikenalpasti iaitu Asrama Darul Falah, Rumah Anak Yatim Perdana At-Taqwa dan sebuah rumah lagi masih sedang dikenalpasti. Fasa pertama ini akan mensasarkan 200 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.

Untuk semua yang berminat untuk menderma  bolehlah hubungi Ayuni Zamani ini di FB https://www.facebook.com/ayunizamani atau hubungi / WhatsApp beliau @ Ayuni Zamani (0132850231) atau terus ke page PROJECT DARI HATI @ https://www.facebook.com/ProjectDariHati

Jutaan terima Kasih Mak Dara ucapkan pada anda yang sudi menyertai projek amal ini dan membantu kepada mereka yang memerlukan. Jika anda tidak dapat membantu dari segi kewangan tidak mengapa anda boleh share entry ini di blog anda . Hanya copy, paste dan publish. Semoga kita semua dapat menyebarkan projek amal ini kepada seramai mungkin. Kepada teman Mak Dara Ayuni dan Zul semoga PROJECT DARI HATI ini dapat mengumpul dana yang mencukupi bagi kempen amal anda yang sangat mulia ini. All the best..

"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui."~ al-Baqarah ayat 261"


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK