Monday, June 10, 2013

KEMBARA MENU BUJANG - Bersama Chef Riz

As salam duhai teman.. Kini setelah berminggu Mak Dara berehat atas katil dek kerana terkono demam denggi, hari ini mak dara akan mula bekerja semula. Dan projek dan skrip terbaru yang akan mak dara tulis hari ini adalah untuk sebuah rancangan masakan yang bertajuk KEMBARA MENU BUJANG


'KEMBARA MENU BUJANG' akan di hoskan oleh Chef Riz iaitu anak kepada Chef selebriti terkemuka negara iaitu Datuk Chef Wan. Rancangan masakan ini berkonsepkan' travelogue' . Dalam 13 episod ini anda bakal menyaksikan pengembaraan selebriti chef, Chef Riz ke beberapa negeri terpilih di Malaysia. Selain membongkar teknik dan menu masakan istimewa dan mudah untuk orang bujang khasnya.

Unik dan mempunyai daya tarikan yang tersendiri, KEMBARA MENU BUJANG juga berkongsi informasi tentang teknik dan bahan-bahan yang digunakan oleh orang bujang dalam persediaan makanan harian mereka. 

KEMBARA MENU BUJANG merupakan skrip Mak Dara yang ke 68 sejak berkecimpung dalam dunia penulisan skrip selama 16 tahun ini.. Rancangan ini diterbitkan oleh YKS Film Maker Sdn Bhd iaitu milik Serina anak Chef Wan dan juga Abang Yusof Kelana. dan akan diarahkan oleh Yusuf Kelana dan akan ditayangkan di RTM Insyaa Allah pada hujung tahun ini.. 

Sooo kepada anda anda yang meminati rancangan masakan dan khasnya kepada yang masih bujang nantikan kemunculan rancangan KEMBARA MENU BUJANG ni ya. Rasanya rancangan ni akan ditayangkan di RTM hujung tahun ini Insyaa Allah.. Tapi sebelum tu mak dara kenalah siapkan dulu skripnya ni.. Dateline kena siapkan sebelum 15hb depan. So wish me luck ya :)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK