Friday, June 14, 2013

Pencuri Gambar Mak Dara Ini Dah MELAMPAUUU!!!

MELAMPAU!! MEMANG MELAMPAU!!!!! 
Masyaallah ... astaghfirullahaladzim...

Maaflah kalau entry mak kali ini amat emo . Tapi selepas anda selesai membaca entry ini pasti anda faham kenapa mak dara begitu marah hari ini.  Pada anda yang ada baca entry mak "Gambar Mak Dara Di Curi - Fake Profile " pasti tahu bahawa ada seorang hamba Allah ni dah mencuri gambar mak dara dan jadikan sebagai avatarnya. Hari tu teman Mak Dara  KPah K-poh yang sampaikan Mak Dara tentang hal ini. Ingatkan habis  di situ saja.. Hari ini seorang lagi teman blogger Mak Dara iaitu CIK EKA  juga telah menyampaikan berita yang sama. Kali ini pencuri gambar mak dara itu lebih melampau dan telah menulis komen dengan kata kata lucah!


masyaallah...............

Ini sudah MELAMPAU!!!! Cuba bayangkan jika ada orang baca komen ini dan melihat gambar mak dara sebagai yang menulis komen itu, pasti mereka akan percaya yang mak dara lah manusia yang kurang ajar menulis komen sebegitu kannnn.... Masyaallah.... Kalau tak percaya lihat sahaja komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pembaca blog itu kepada orang yang disangka adalah Mak Dara..





Memang sedih memang perit untuk ditelan. Tapi mak dara tidak sedikit pun salahkan pengomen ini kerana dia tidak tahu bahawa gambar mak dara itu adalah gambar yang telah dicuri dan komen itu bukan datang dari mak dara tapi dari pencuri dan penyamar mak dara..


Inilah pencuri itu ohnazila yang telah menggunakan gambar mak dara yang dicurinya dan dijadikan sebagai profile gravatarnya. Jutaan terima kasih kepada Nara iaitu pemilik blog BEAUTIFULNARA.COM atas bantuan beliau sama sama membantu Mak Dara berhubung dengan kes ini. Terima kasih Mak Dara ucapkan pada sifu Mak Dara iaitu blogger HASRUL HASSAN yang menulis entry mengenai nasib yang menimpa Mak Dara ini di blognya Kaki Menyamar - Ambil Gambar Profile Untuk Sebar Fitnah . Terima kasih HH , Nara , Kak Pah , Cik Eka dan semua yang sudi membantu Mak Dara dalam kes ini.

Kini dengan bantuan teman teman Mak Dara telahpun membuat report kepada SKMM dan juga kepada CyberSecurity Malaysia . Semoga pencuri dan penyamar ini dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya secepat mungkin. Kepada teman teman yang ada melihat gravatar yg mempunyai gambar mak dara, percayalah Mak Dara tidak pernah ada akaun gravatar dan itu adalah fake accaunt, mohon kerjasama anda yang melihat komen komen dari fake accaunt ini untuk sampaikan pada mak dara di blog ataupun di fb mak https://www.facebook.com/adzairdawati ya.. 


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK