Saturday, June 15, 2013

Tak Kenal Maka Tak Meroyan

Haaaaaaaaaa hari ni Mak Dara nak mulakan hari dengan lebih ceria.. Takmo lagi dah rasa gundah gulana.. rasa kuciwa.. rasa badmood , rasa marah.. rasa bengang.. rasa resah.. Haaa karang mak dara nyanyi lagu si Anuar Zain karang... "bila resah.. Ingat saat indah.. oppss stop stop.. Kalau mak teruskan nyanyi mau muntah pink sorang sorang kome semua hehehehe.. Ya pendek kata hari ni Mak nak happy happy je dengan korang semua.. Haa itu pendek yang kata..

yang penting happy :)

Panjang kata.. Mak nak lupakan tentang kes pencurian identiti yang di lakukan oleh manusia tak bertanggungjawab bernama NAZILADUGEO terhadap mak dara baru baru ni. Report telah mak lakukan pada SKMM dan CyberSecurity Malaysia . Kini apa yang mak perlu lakukan ialah tunggu ajelah tindakan yang akan diambil terhadapnya. Ada sorang teman mak dara msg mak di fb dan katanya 

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah mengutus Mu’adz ke Yaman dan Beliau berkata kepadanya : “Takutlah kamu akan doa seorang yang terzalimi, kerana doa tersebut tidak ada hijab (penghalang) di antara dia dengan Allah swt”. Semoga doa mak dapat dikabulkan Insyaa Allah.

Tapi kalau benda ni berterusan jugak mak tak akan berdiam diri dan akan buat report polis . Itu janji mak pada NAZILADUGEO ni. 

Haaa tu yang malas nak suruh panjang berkata kata.. memang panjang jadinya hehe.. So kepada semua pembaca dan teman teman yang mengenali Mak Dara atau yang baru mengenali Mak Dara.. Kalau ada terjumpalah avatar atau gravatar yang menggunakan gambar Mak Dara tapi komen yang agak kurang sopan atau berbaur lucah ketahuilah bahawa itu bukan mak dara. Itu manusia penyamar yang menganiya Mak Dara.. Jika anda benar benar kenal mak dara.. Anda akan tahu cara mak dara berkomunikasi kannn.. You know me right.... :)  Bak kata pepatah TAK KENAL MAKA TAK MEROYAN kan hehehehe.. Eh best le pulak kata kata ni boleh buat tagline blog haha. Ishhh dari dok sentapppp dengan si NAZILADUGEO.. Lebih baik mak gi main sep sep sep tom tom tom ngan somi mak.. Ada jugak pekdahnya..

sep sep sep tom tom tom hahaha
ades meroyan dah datang balik ;p


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK