Assalam duhai teman... Ada tak antara teman teman di sini yang minat dengan filem pendek.. Haaaa ni Mak Dara nak khaborkan bahawa somi Mak Dara Martias Ali bersama dengan Koperasi Seniman Kuala Lumpur Berhad bakal mengadakan PERTANDINGAN FILEM PENDEK RAMADHAN
Format Pertandingan
1. Terbuka kepada semua warga Malaysia
2. Bertemakan Ramadhan
3. Segala bentuk format rakaman diterima (termasuk mobile recording)
4. Durasi filem pendek tidak lebih dari 2 minit
5. File video harus dihantar ke e-mail shortfilmramadhan@koperasiseniman.my untuk di nauk muat ke laman youtube
6. Kemenangan adalah berpandu kepada jumlah klik LIKE
7. Tarikh penyertan dibuka 15hb Jun 2013
8. Tarikh tutup penyertaan 10 Ogos 2013
9. Tiada yuran penyertaan
Hadiah
Tempat Pertama - Wang Tunai & Iringan
Tempat kedua - Wang Tunai & Iringan
Tempat ketiga - Wang Tunai & Iringan
Lima hadiah saguhati.
untuk keterangan lebih lanjut sila klik di link ini: https://www.facebook.com/events/469273409829605/
Jika nak tahu lebih lanjut mengenai pertandingan filem pendek ramadhan, dengar somi Mak Dara Martias Ali bersama pengarah hebat Abang Yusof Kelana yang telah dijemput menjadi tetamu di radio Nasional FM bagi mempromosikan pertandingan ini. Mereka akan bersiaran langsung dan on air ptg ni jam 3.30 di nasional fm 88.5fm or 95.3. Apa apa soalan boleh diajukan kelak. Anda boleh mendengar temubual ini melalui live streaming @ http://liveradio.super-resources.com/nasional-fm-malaysia/
dari kiri Somi MD Martias Ali dan Abang Yusof Kelana
akan on air di Nasional FM pada jam 3:30 petang ini. Stay Tune..
Bagi Mak Dara, perkara yang paling menarik ialah pertandingan ini menerima segala bentuk format rakaman (termasuk mobile recording). Maknanya anda boleh rakam filem pendek melalui telefon bimbit! Haaaa so semua orang mempunyai telefon bimbitkan.. maknanya semua orang pon boleh sertai pertandingan filem pendek ini.. Dan yang lagi best durasi iaitu jangkamasa untuk setiap filem pendek yang nak dipertandingkan tidak melebihi 2 minit.. So apalagi jom le shoot apa apa yang berkaitan ramadhan dan sertai PERTANDINGAN FILEM PENDEK RAMADHAN beramai ramai...
Kepada teman teman blogger Mak Dara mohon agar anda sharekan mengenai PERTANDINGAN FILEM PENDEK RAMADHAN di blog anda boleh... Just copy and paste aje entry ni dan tukarlah kepada ayat ayat anda kalau takmo menggunakan bahasa meroyan Mak Dara ini hehe..