Pernah dengar lagu.. Adam.. Stacy.. Bergabung.. Meletop...?
haaa kali ni versi...
Mak Dara .. Mak Lady.. Bergabung .. Meletop pulak wahahaha...
Maunya tak meletop bila dua orang mak mak budak bergabung tenaga pasti kebabomm Kannnn... Haa ni sebenarnya kisah yang berlaku semalam semasa Mak Dara bersama sepupu kesayangan Mak Dara yang paling rapat dan paling awesome iaitu Kak Anizah atau dalam dunia blogger dia dikenali sebagai Mak Lady keluar lunch bersama sama di THE CAFE Royal Selangor. Sebenarnya banyak gambar yang kami snap semalam .. jom kita biarkan gambar berbicara cewah..
Mak Dara di hadapan Royal Selangor
Tersenarai dalam GUINNESS BOOK OF RECORDS
The Cafe
Bila masuk aje ke dalam Royal Selangor tu terus kami menuju ke THE CAFE tempat dimana kami nak luch hari tu.... Bila sampai aje wah tergamam dengan dekorasinya.. Very modern and sleek. Apa lagi terus order dan duduk di meja yang diberikan.. Dan tak lama aje lepas tu makanan yang diorder pun sampai.. Apa lagi terjah le hehe...
MAK DARA & MAK LADY.. Snap dulu sebelum makan hehe
menu utk Mak Dara hari itu Nasi Goreng Kampung
with chicken & Ice Lemon Tea
Alang alang moh mak sharekan harga utk set menu yang makan pilih hari tu ye.. Mana tahu kalau ada yang nak pegi lunch di sana nanti kann.. Ok Harga untuk Nasi Goreng Kampung with chicken ialah RM12 dan harga untuk Ice Lemon Tea ialah RM 8.
Menu untuk Mak Lady spaghetti bolognese dan english tea
Harga spaghetti bolognese tu RM19 dan english tea ialah RM6.Haaa bercakap pasal english tea yang diorder oleh Mak Lady ni.. Nampak tak teko yang dihidangkan tu.. Kalau nak tahu teko itu adalah teko yang diperbuat dari pewterrrr uols... Harga teko itu RM950!! Perghhhhh memang kelassss lah THE CAFE ni menghidangkan para pelanggannya dengan peralatan yang diperbuat dari pewter. Bila lagi nak merasa minum dari teko yang harganya hampir seribu kannnnnnn...
makan sambil pot pet pot pet haha
Mak Lady dan spaghettinya
view THE CAFE
Haaa itulah antara gambar yang sempat Mak Dara snap snapkan semasa lunch bersama Mak Lady semalam di The Cafe Royal Selangor. Pendek kata memang awesome lah lunch di sana. Panjang kata pulak tempat ni pun memang sesuai kalau nak buat atau ajak buat tempat meeting kerana suasananya yang tenang dan makanan pulak memang LAZAT!
Ok kepada sepupu Mak Lady.. Terima kasih kerana sudi mengkidnap diriku ini dan lunch semalam. It was super awesome.. Tak sabar nak ke event blogger malam ni di Restoran Rebung di Bangsar.. See you laterrrrrr...