Sekitar kawasan rumah Mak Dara disembur asap lagi. Maknanya ada lagi kes demam denggi terbaru di kawasan ini. Ingatkan Mak Dara merupakan kes pengidap demam denggi terakhir di kejiranan ini.. Masyaallah dalam sebulan hampir 5 kes demam denggi di kawasan ini.. Mak Dara dan jiran jiran lain pun baru tahu tentang kes ini. Kami pun dapat tahu apabila ada sebuah van kesihatan masuk ke dalam kawasan kejiranan kami dan mula menyembur asap.
Selesai sahaja sesi menyembur asap tu apalagi mak dan jiran aka ahli mesyuarat tingkap pun "bermesyuaratlah" hehehe.. Kami tertanya tanya juga rumah yang mana satu dan jiran yang mana satu yang telah terkena jangkitan demam denggi ni.. Nak juga melawat . Dan akhirnya baru kami tahu bahawa jiran sebelah rumah Mak Dara yang kena demam denggi ni.. Fuhhh Mak Dara baru saja baik dari demam denggi ni dan mak tahu sakitnya nak sembuh.. Dah tu deria rasa hilang selama berminggu minggu pulak tu.. Semoga jiran Mak Dara itu cepat sembuh. Dan semoga ini kes terakhir demam denggi di kawasan kejiranan kami ini . Amin..