Saturday, June 22, 2013

Oh Ibu..

As salam duhai teman . Mak Dara ni baru je balik dari klinik. Mak dara bersama adik adik membawa Ibu kami yang melecur di jari kaki untuk mendapatkan rawatan.. Macam mana boleh melecur? Tu lah masa nak memasak tadi, Ibu mak dara nak gunakan lah benda yang macam pistol tu untuk menghidupkan api di dapur gasnya tu.. Tup tup takde api keluar.. Maybe sebab benda tu dah habis gasnya.. Jadi Ibu Mak Dara ambil surat khabar dan keronyokkannya dan bakar lalu hidupkan dapur gasnya. Tup tup tanpa Mak Dara sedar ada cebisan surat khabar yang terbakar melayang ke lantai. Lepas dapur gas menyala. Ibu terus nak padamkan api di surat khabar itu di sinki dan di situ dia terpijak kertas surat khabar tu.. Apalagi melecur dan mengelembunglah dengan air di jari kakinya tu...

Ibu sedang dirawat doktor

Jari kaki Ibu yang melecur

time buat dressing tu agak pedih juga katanya

alat ni lah yg rosak .. 
pic by google

Sebentar tadi kesan mengelembung air tu dah pun pecah dan telah pun mendapat rawatan. Syukur alhamdullilah. Sekarang ni Ibu Mak Dara kena banyakkan berehat dan habiskan semua ubat ubat yang diberikan oleh doktor.. Insya Allah semuanya akan sembuh secepat mungkin.. Insyaa Allah...

Nota : Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).


Bila Kucing Menangis

Assalam duhai teman.. Haaa Mak Dara nak khaborkan bahawa sebentar saja lagi sebuah drama yang bertajuk BILA KUCING MENANGIS akan ditayangkan di TVi di Astro saluran 180. 


Haaa kalau nak tahu skrip drama ini ditulis oleh somi Mak Dara Martias Ali.. Cerita ni memang lain dari yang lain sikit.. Ia mengisahkan seekor kucing yang dipelihara oleh sebuah keluarga dan melihat penderitaan yang dilalui oleh tuannya.. Kiranya cerita ini dari kaca mata kucing itu lah.. 

Jadi kalau anda tengah free free pada hari ni boleh lah menonton drama ni.. Bila, dimana pukul berapa ok detail seperti dibawah..

Drama disiarkan di TVi Astro saluran 180
Waktu siaran: 12:00 tengah hari

Pada yang berada di diluar dan tak dapat menonton rancangan ini di kaca TV anda.. Anda dapat menonton secara live streaming hanya klik saja di link  dibawah untuk menonton secara live streaming ok :)




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK