Sebentar tadi semasa menonton berita di TV3 Mak Dara terkejut apabila mendengar tentang Darurat yang telah diisytihar di Muar dan Ledang.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang di Johor berkuat kuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 750 setakat 7 pagi ini.
Pada teman teman Mak Dara yang berada di johor terutama di Muar dan Ledang, semoga anda mengambil langkah langkah keselamatan apabila ingin keluar dari rumah ya..
Mari kita sama sama doakan agar hujan turun dalam masa terdekat ni dan semoga masalah jerebu ini berkurangan Insyaa Allah..