Monday, June 24, 2013

Bateri Kong .. Kosong .. Habis...

Hari ini anak Mak Dara Si Adza Haiqal ada appointmen untuk rawatan susulan di hospital Ampang. Dah masuk minggu ke 3 or ke 4 dah si Eqal dapatkan rawatan susulan di sana sejak hidap virus kencing tikus aritu.. So dengan penuh selamba kami semua iaitu Mak Dara, somi mak dan Eqal masuk keta.. Tetiba bila nak start kereta tak boleh.. Apa lagi terus je telefon mekanik si Ah Hong yang ada kedai repair kereta depan rumah Mak Dara ni.. Dan dengan sepantas kilat dia datang... Maunya tak sepantas kilat.. kami ni pelanggan setia dia dah hampir lima tahun.. hehe

Ah Hong sedang tekun check




Check punya check punya check akhirnya dah tahu kenapa keta ni degil takmo start start.. Rupanya bateri kereta ni dah kong.. dah kosong.. dah habeh.. Jadi nak tak nak kenalah beli bateri baru.. Adoiiii time time macam ni lah nak meragam.. tapi somi mak kata jangan mengeluh... Dia suruh mak cakap COBAAN... COBAAN... adessssss hahaha . 

Oklah kereta dah boleh mula dah masa untuk ke Hospital Ampang.. :)


Bila Cuti...

amboi sakan tidor :)
Adza Danina, Adza Kasih & Adza Isabella

Amboi amboi amboi.. Sakan anak anak dara Mak bila diumumkan yang sekolah sekolah di KL dan Selangor cuti akibat catatat jerebu yang tinggi, jadiiiiii diorang hentam main sampai ke tengah malam... Haaaa sampai sekarang belum bangun bangun lagi.. letih le tu hahaha adoiiiii... Dah dah bangun! Nasib baik masih budak budak. Kalau dah besor besok bangun lewat takut takde yang nak jadikan menantu hahahaha

Cuti cuti jugak, seronok seronok jugak.. Tapi jangan lupa untuk berdoa agar jerebu ini semakin pulih hendaknya ya.. Insyaa Allah...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK