Wednesday, June 26, 2013
Keputusan Siapa Juara Masterchef Selebriti Malaysia Ke2 Bocor?
Fuhhhh tanjat mak dara apabila ada beberapa teman Mak Dara di facebook mengupdate status mereka bahawa keputusan siapakah gerangan juara Masterchef Selebriti Malaysia musim kedua telah pun bocor sebelum episod finale rancangan itu disiarkan malam tadi.. Waduhhh benarkah?
Ada yang kata salah seorang teman finalis dah bocorkan mengenai siapa gerangan juara Masterchef di laman instagramnya.. Ada juga yang kata ada antara beberapa individu yang telah reveal pemenangnya tanpa sengaja.. Entahlah.. Mak Dara tak berani nak komen sebab mak dara tak tahu pun kisah bocor bocor ni sehinggalah membaca status update dari teman teman Mak Dara tu sebentar tadi.. Namun Mak Dara ada google tentang kes ni sebentar tadi dan ada satu artikel di myMetro.com bahawa Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad Ramli menjelaskan pihaknya menganggap dakwaan bahawa kemenangan dibocorkan pihak tertentu dan keputusan sudah diperoleh hanyalah sekadar spekulasi. So we just leave it at that je lah ok..
Lagipun bagi mak yang PALING penting sekarang satu Malaya dah tahu siapakah gerangan pemenangnya.. Dan pemegang title JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA MUSIM KEDUA ADALAH...... SYURA!!!!!!!!!
Syura bersama trofi kemenangannya
Syura memberi ucapan
Syura akan mendermakan RM60,500 kepada
Breast Canser Welfare
Celina sebagai naib juara
Masterchef Selebriti Malaysia ke 2
Celina akan mendermakan sebanyak RM10,500 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-haiwan Kurang Dijaga
majlis gilang gemilang
Tahniah Syura!!!!
