Wednesday, July 3, 2013

DOKTOR BADUT

Pernah mendengar perkataan BADUT? Sudah pasti pernah kan.. Tapi pernah dengar tentang DOKTOR BADUT? Pasti ramai yang tidak tahu kini ada sekumpulan badut yang kerjanya menghiburkan orang sakit termasuk pesakit yang terlantar di hospital dalam usaha mewujudkan suasana yang ceria.
Kehadiran mereka yang bergelar doktor badut bukanlah untuk merawat penyakit, tetapi membantu meredakan ketegangan, tekanan, keresahan atau kesakitan yang ditanggung oleh pesakit dan anggota keluarganya. 


Iskandar Syah atau lebih dikenali sebagai Dr Bubbles yang berasal dari Pahang dan rakan telah menubuhkan Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah atau dikenali sebagai Red Bubbles pada April 2011. Dan telah menghiburkan ramai pesakit pesakit kanser di serata Malaysia.

Mahukah anda menyertai Iskandar dan Persatuan RED BUBLES ini  dalam menggembirakan kanak-kanak pesakit kanser pada bulan Ramadan dan Syawal ini? Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah (Red Bubbles) akan meraikan kanak-kanak pesakit kanser di Wad KK3, Institut Pediatrik HKL pada pertengahan Ramadan dan pada hari raya Aidilfitri yang pertama. Mereka akan menjamu para pesakit kanser dengan makanan kesukaan mereka seperti ayam goreng KFC dan kek. Mereka juga akan memberikan sumbangan duit raya kepada para pesakit yang terpaksa beraya di hopsital. 




Jika anda ingin membantu, sumbangan anda itu boleh disalurkan kepada akaun Maybank Persatuan Penghibur Kanak-kanak Buih Merah,(atau singkatan rasminya, Red Bubbles): 5640 7000 2826. 

Mohon bantuan tuan dan puan bagi mengirimkan maklumat transaksi sumbangan tuan dan puan itu kepada drbubbles@redbubbles.org.my. Untuk keterangan lanjut anda boleh ke menghubungi persatuan RED BUBLES seperti detail di bawah :



Mudah-mudahan Allah swt terus memurahkan rezeki anda semua yang sudi membantu. Amin. 

Nota: Sekiranya anda mempunyai event2 amal dan mahu acara itu diwar2kan di blog mak dara ini,  sila email semua detail itu kpd mak dara ke mrs_martias@yahoo.com . 

WW - Buat Mu Di Sana...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK