Thursday, July 4, 2013

Jemputan Ke Majlis Pelancaran Produk NEESYA

As salam duhai teman.. Hari ini Mak Dara akan memenuhi undangan yang mak dara terima iaitu ke Majlis Pelancaran Eksklusif Produk NEESYA . Mak Dara menerima undangan ini sebenarnya dari bulan lepas lagi. Dan hampir setiap minggu Mak Dara pasti akan menerima update terkini dari pihak mereka tentang majlis pelancaran ini . Memang terbaekk sangat pihak NEESYA ini menjaga hati para tetamu dan media. Terasa diriku begitu berharga hehe



Majlis ini akan berlangsung di SWENSON'S Subang Parade dan akan bermula pada jam 2 petang nanti . Dan rasanya tak sah jika Mak Dara menghadiri majlis majlis ni tanpa teman kan.. Siapalah lagi yang menjadi teman Mak dara kalau bukan sepupu Mak Dara iaitu Blogger MAK LADY. Terima kasih ye Mak Lady sudi temankan I ke majlis ni.. 

Jutaan terima kasih kepada Cynthia dan juga Michhele Chuah kerana sudi menjemput saya ke majlis ini. Tak sabar untuk melihat kehebatan produk NEESYA ini . Nantikan review dari Mak Dara mengenai produk NEESYA ini ya..


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ AXA AFFIN Life Insurance Malaysia

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK